Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu Faham Tony:...

TAIKUN penerbangan dan pemilik kelab Queen Park Rangers, Tan Sri Tony Fernandez melahirkan...

Muka Mereput, Membusuk Akibat...

MENDERITA kerana nak cantik. Ini yang berlaku kepada seorang lelaki apabila mukanya mereput...

Terusan Panama Sesak Susulan...

MEXICO CITY - Pihak Berkuasa Terusan Panama (ACP) pada Jumaat berkata masa menunggu...

Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS...

KUALA LUMPUR - Komitmen Malaysia Airlines (MAS) menyertai inisiatif kempen "Negaraku" wajar dicontohi...

Pengebom Maraton Boston Mohon Maaf Pada Semua Mangsa

PENGEBOM Boston, Dzhokhar Tsarnaev dijatuhi hukuman mati kerana melakukan serangan berdarah pada 2013 bersama abangnya, Tamerlan Tsarnaev.

Dzhokhar turut memohon maaf kepada semua mangsanya buat pertama kali sebaik hukuman itu dijatuhkan semalam.

Serangan tersebut telah mengorbankan tiga orang dan mencederakan 264 peserta larian marathon Boston apabila suspek mengebom garisan penamat acara sukan itu pada 15 April 2013.

Tamerlan meninggal dunia pada hari sama dengan serangan itu selepas ditembak mati polis yang memburu mereka.

“Saya mohon maaf kepada semua mangsa dan mereka yang terselamat, saya bersalah di atas jenayah tersebut yang dilakukan bersama abang saya,” katanya sebaik hukuman dijatuhkan oleh Hakim George O’Toole.


George mengumumkan secara rasmi hukuman mati itu yang mana ianya dicapai sebulat suara daripada 12 juri yang terlibat selepas pihak pendakwaan berjaya meyakinkan Dzhokhar adalah pengganas yang tidak mungkin akan insaf di atas kesalahan yang dilakukannya. – MYNEWSHUB.CC

Boston Marathon Bombings – Clear footage

https://www.youtube.com/watch?v=-xiXroQp8t4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori