• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Syarikat Brother’s Didakwa Kes GST

oleh Ahmad Albab
05/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat aksesori kenderaan bergelar ‘Datuk’ mengaku tidak bersalah hari ini atas enam pertuduhan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah lebih RM3,000 sebelum tarikh ia berkuat kuasa, tiga bulan lepas.

Datuk Wong Goang Ching, 51, pengarah syarikat Brother’s Factory Outlet (M) Sdn. Bhd bertempat di Kelana Jaya, Selangor didakwa mengenakan dan melevi cukai terhadap pembekalan aksesori kenderaan berjumlah RM3,681.48 sebelum tarikh GST berkuat kuasa 1 April lepas.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyenn melakukan perbuatan itu di syarikat berkenaan di Kelana Jaya, Petaling Jaya antara 25 Mac dan 31 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 183 (1) Akta GST 2014 (GST) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 96 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM30,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Azhari Abdul Hamid membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 29 Jun sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris manakala peguam M. Manoharan mewakili tertuduh. – BERNAMA

 

Tags: GSTkes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd