• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Sokong PAS Rampas Kerusi DAP!

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS Ipoh Timur menyambut baik pengumuman Jawatankuasa PAS Pusat bahawa parti itu akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen milik DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Salman Saleh berkata, beliau telah mengarahkan jentera Pemuda PAS Ipoh Timur bersiap sedia untuk tujuan itu kerana terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasannya adalah milik DAP selama ini.

“Kami bersedia menyahut cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd. Zuhdi Marzuki bahawa PAS akan bertanding di kerusi milik DAP.

“Di Parlimen Kawasan Ipoh Timur yang kini ditandingi oleh DAP dan telah memenanginya termasuk di tiga DUN iaitu di Kawasan Tebing Tinggi, Pasir Pinji dan Taman Canning begitu cerah jika PAS diberikan ruang untuk bertanding.

“Selama lebih 18 tahun Parlimen Ipoh ditandingi oleh DAP, kami menganggap ia peluang keemasan yang sungguh bermakna dan amat dinanti-nantikan. Kami berharap semua Ahli PAS Kawasan Ipoh Timur bersedia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salman berkata, kemenangan PAS di semua kerusi DAP kelak akan memudahkan cita-cita PAS untuk menyampaikan dakwah Islam secara terus kepada golongan bukan Islam.

Justeru, katanya, Pemuda PAS Ipoh Timur akan mengerakkan persediaan jentera dan kewangan bagi memulakan misi merampas kerusi DUN dan Parlimen milik DAP di negeri itu.

“Tentang calon, kedudukan jumlah kerusi yang akan ditandingi akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dan kami bersedia dengan semua keputusan parti dengan kesungguhan untuk bertanding kelak,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=slJKG2ut4Yg

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd