• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Ipoh Timur Minta Pemimpin PAS Jangan Angkuh

oleh Ahmad Albab
10/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbalahan dalam kalangan pimpinan akar umbi PAS berhubung keputusan Muktamar PAS 2015 meluluskan usul parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP kian meruncing.

Hari ini Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur secara terbuka menegur pimpinan baharu PAS jangan bersikap ego dan angkuh untuk membatalkan usul memutuskan hubungan dengan DAP tersebut jika tidak berhasrat meneruskan keputusan itu.

“Sekiranya usul memutuskan hubungan dengan DAP lebih banyak mendatangkan masalah terutama dalam meneruskan hubungan dalam pakatan rakyat, maka pimpinan PAS jangan bersikap ego dan angkuh dalam membatalkan usul tersebut.

“Jika benar ia tidak lagi diputuskan, sewajarnya Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Majlis Syura PAS bersidang segera bagi menolak persepsi umum PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP. Kami di peringkat bawah gusar dengan keadaan ini dan seolah-olah pimpinan tidak bertindak menyelesaikan kekalutan,” kata Ketuanya, Salman Saleh dalam satu kenyataan hari ini.

Salman bagaimanapun berkata, jika benar ahli-ahli PAS mahu memutuskan kerjasama dengan DAP, maka Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur mendesak PAS Kawasan di seluruh negara memanggil Mesyuarat Agung Khas seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan PAS iaitu Fasal 18. 2 (B) untuk meluluskan usul kedudukan hubungan dengan DAP secepat mungkin.

Menurutnya, Mesyuarat Agung Khas itu penting kerana mengambil kira kedudukan PAS dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor setelah usul yang di bawa Dewan Ulama PAS Pusat diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS tersebut.

Katanya, langkah itu penting untuk memulihkan kembali keadaan yang menyebabkan salah faham dan berlaku ‘serang-menyerang’ setelah usul tersebut diterima.

“Walaupun ‘cakap-cakap’ ianya masih belum diputuskan tetapi tidak pula dibangkitkan semasa muktamar tersebut semasa ianya dibentangkan.

“Kami merayu PAS Kawasan di Pulau Pinang dan Selangor agar bertindak segera bagi mengelak berlaku keadaan yang lebih merumitkan,” katanya. – mynewshub.cc

 

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Asmuni Awi Tiada Roh PAS!

Next Post

PAS `Pembunuh’ Pakatan Rakyat – Kit Siang

Related Posts

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

PAS Mahu Hadi Kekal Sebagai Presiden

05/07/2025
0

KOTA BHARU: PAS mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti dan akan dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS...

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

PAS `Pembunuh' Pakatan Rakyat - Kit Siang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd