• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Cadang Kerajaan Wujud Tabung Imbangan

oleh Ahmad Albab
29/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mencadangkan kerajaan mewujudkan suatu tabung imbangan bagi memastikan kenaikan harga pasaran bahan api tidak memberi kesan kepada kenaikan tarif elektrik.

Naib Ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin berkata langkah itu bertujuan membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan semasa harga barangan yang menekan hidup rakyat.

Beliau mendakwa kenaikan hasil pendapatan yang diterima rakyat pada ketika ini tidak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Tabung imbangan ini bertindak sebagai mekanisme untuk memastikan kenaikan tarif dapat dikawal dengan menggunakan duit daripada tabungan ini bagi menggantikan mekanisme yang ada sekarang yakni pengguna perlu menanggung setiap kenaikan tarif,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Khairil Nizam berkata sumber tabungan boleh didapati daripada kutipan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), sumbangan khas sektor korporat sebagai sebahagian daripada program CSR (tanggungjawab korporat) atau pun lebihan daripada dana kerajaan.

Harga jualan gas asli kepada Tenaga Nasional Berhad dan Penjana Bebas (IPP) akan dinaikkan sebanyak RM1.50/mmBTU mulai 1 Julai, menjadikan harga jualan meningkat daripada RM15.20/mmBTU kepada RM16.70/mmBTU.

Namun, menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) tiada kenaikan tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Julai hingga 31 Dis 2015.

Dalam pada itu, Khairil Nizam berkata cadangan lain ialah memberi mandat kepada Suruhanjaya Tenaga untuk mengkaji strategi bagi mengurangkan kos operasi TNB dan IPP.

“Ia perlu diselia oleh Parlimen bagi memastikan ia dijalankan secara telus dan meletakkan agenda kebajikan kepada rakyat sebagai agenda utama,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: KerajaanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd