• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Domestik: Cadangan Kenaikan Gaji Terlalu Tinggi – Riot

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan Indonesia untuk menaikkan gaji pembantu domestik kepada RM1,200 adalah terlalu tinggi berbanding kadar gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia iaitu RM900, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah memohon kepada kerajaan Indonesia untuk mengemukakan justifikasi lengkap secara bertulis mengenai cadangan itu, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

“Kerajaan akan mengadakan sesi perbincangan bersama pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan agensi-agensi pekerjaan di Malaysia mengenai cadangan ini sebelum sebarang pertimbangan dan hala tuju pelaksanaannya (cadangan menaikkan gaji) ditentukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya cadangan menaikkan gaji pekerja domestik Indonesia daripada RM700 kepada RM1,200 telah dikemukakan kerajaan negara itu pada mesyuarat kumpulan kerja bersama antara Malaysia dan Indonesia berhubung Protokol Pindaan Memorandum Persefahaman Mengenai Perkhidmatan Domestik Indonesia di Putrajaya pada 13 Mei lepas.

Kerajaan Indonesia berpendapat cadangan itu akan menjadikan perkhidmatan domestik di Malaysia lebih kompetitif dan mampu bersaing dengan gaji yang ditawarkan oleh negara-negara lain.

Selain itu, katanya ia juga akan menarik minat lebih ramai pembantu domestik dari Indonesia untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pekerjaan. – BERNAMA

 

 

Tags: pembantu rumahRichard Riot Jaem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

China Lancar ‘Perang’ Rokok

Next Post

2 Maut, Kemalangan 4 Kenderaan Di Setapak

Related Posts

Pembantu Rumah Dera Dua Anak Majikan Direman

Pembantu Rumah Dera Dua Anak Majikan Direman

15/08/2022
0

KUALA TERENGGANU : Seorang pembantu rumah ditahan reman selama empat hari selepas dipercayai mendera dua orang anak majikannya dalam kejadian...

Indonesia Kembali Hantar Pembantu Rumah Ke Arab Saudi Selepas 11 Tahun

Indonesia Kembali Hantar Pembantu Rumah Ke Arab Saudi Selepas 11 Tahun

13/08/2022
0

JAKARTA – Pemerintah Indonesia dan Arab Saudi bersetuju menyambung semula pengambilan pembantu rumah dari Jakarta selepas ia digantung selama 11...

Next Post

2 Maut, Kemalangan 4 Kenderaan Di Setapak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd