• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Kecewa Tak Dapat Daki Gunung Kinabalu

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNDASANG – Serombongan 35 pelancong dari Pulau Pinang merasa kecewa apabila hasrat mereka untuk mendaki Gunung Kinabalu terbantut ekoran kejadian gempa bumi yang turut melanda gunung itu Jumaat lalu.

Namun mereka tetap datang ke Sabah untuk menikmati keindahan lain yang terdapat di negeri di bawah bayu ini.

Seorang peserta rombongon, Wang Choon Yiek, 46, berkata walaupun kecewa kerana tidak berpeluang untuk mendaki Gunung, namun beliau tetap berpuas hati kerana dapat bercuti ke Sabah.

“Sepatutnya hari ini kami dijadualkan untuk mendaki gunung. Tetapi disebabkan kejadian gempa bumi, kami terpaksa menukar rancangan untuk ke pusat peranginan di Air Panas Poring,” katanya kepada Bernama yang pertama kali bercuti di Sabah.

Beliau berkata rancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu dibuat sejak tahun lepas dan telah ditunda sebanyak tiga kali disebabkan beberapa halangan.

“Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana kami tidak berada di puncak Gunung Kinabalu semasa gempa bumi berlaku,” tambah Wang.

Rakannya Cheah Soo See, 45, berkata mereka tetap meneruskan hasrat melancong ke Sabah.

“Kami sudah maklum tentang kejadian gempa bumi itu. Namun kami semua sepakat untuk meneruskan percutian ke Sabah.

“Walaupun kami tidak dapat mendaki Gunung Kinabalu, namun kami masih boleh melawat beberapa lagi tempat yang menarik di Sabah,” katanya di sebuah rumah penginapan berhampiran Taman Kinabalu.

Beliau berkata kesemua mereka telah menempah tiket penerbangan dan rumah penginapan sejak hujung tahun lepas.

“Ini adalah kali pertama saya datang ke Sabah. Kami sangat teruja apabila sampai di sini (Kundasang) kerana pemandangannya sangat cantik. Walaupun tidak dapat mendaki Gunung Kinabalu saya tetap berpuas hati kerana masih boleh melawat banyak tempat menarik di sini,” kata Cheah.

Choo Chuan Sin pula berkata mereka akan bercuti di Sabah sehingga Khamis ini sebelum pulang ke Pulau Pinang pada hari yang sama.

“Hari ini dan esok kami akan melawat beberapa tempat menarik di sekitar Ranau dan manghabiskan masa dua hari lagi di Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata mereka merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu apabila ia dibuka semula kelak.

“Bila keadaan sudah reda kami akan datang lagi ke Sabah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Gempa bumi yang terjadi baru-baru ini tidak tidak mematahkan semangat dan hasrat kami untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu,” katanya.

Gempa bumi setakat ini dilapor mengorbankan 16 orang termasuk pelancong asing sementara dua lagi dilapor masih hilang. – BERNAMA

Tags: Gunung Kinabalu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhd Hafizuddin Tamat Kemarau Emas Petanque Negara

Next Post

Pindaan Akta AKM 1998 Dan AKSM 1998 Dijangka Dibawa Ke Dewan Rakyat

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

08/04/2023
0

KOTA KINABALU: Kawasan puncak Gunung Kinabalu dilaporkan mencatat suhu di bawah paras beku dengan bacaan antara negatif tiga hingga negatif...

Next Post

Pindaan Akta AKM 1998 Dan AKSM 1998 Dijangka Dibawa Ke Dewan Rakyat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd