• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta AKM 1998 Dan AKSM 1998 Dijangka Dibawa Ke Dewan Rakyat

oleh Ahmad Albab
08/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pindaan Rang Undang-Undang Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (AKSM) 1998 dijangka dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada Oktober ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata pindaan akta itu yang antara lain bertujuan untuk memperkukuh peruntukan termasuk melibatkan soal media sosial kini dalam pertimbangan jadual Parlimen untuk dibentangkan.

“Dalam pindaan ini, kita akan sesuaikan dengan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan, juga dengan Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA).

“Waktu dulu, aspek media sosial tidak menjadi perkara besar. Tetapi dengan perkembangan kini, kita akan selesaikan dengan perkara baru agar masyarakat kita dapat dilindungi,” katanya ketika menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (DAP-Alor Setar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Gooi ingin tahu apakah pindaan ke atas AKM 1998 dan ASKM 1998 seperti diumumkan menteri pada Mac lalu akan dapat menangani pelbagai salah guna media sosial yang melibatkan pelanggaran sensitiviti agama, kaum termasuk menjadi saluran ‘mengrekrut’ keganasan.

Ahmad Shabery berkata kajian semula AKM 1998 bukan sahaja dikhususkan untukmenangani isu yang berlaku melibatkan media sosial sebaliknya turut diperkukuhkan dengan elemen lain dalam usaha untuk mencapai sebuah negara digital.

Beliau berkata semakan semula akta turut akan dilihat secara keseluruhan bagi memastikan pindaan yang dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang.

“Akta ini akan turut memperlihatkan semula peranan SKMM dalam mempertingkatkan capaian rangkaian telekomunikasi di seluruh Malaysia khususnya di kawasan berpenduduk,” katanya.

Bagi ASKM 1998 pula katanya, kajian dibuat untuk memperkukuh serta menambah baik terutama dari segi peruntukan penting mengenai urus tadbir serta pindaan lain yang dapat membantu perjalanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai pengawal selia industri telekomunikasi negara. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyDewan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd