• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhd Hafizuddin Tamat Kemarau Emas Petanque Negara

oleh Ahmad Albab
08/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Muhd Hafizuddin Mat Daud menamatkan kemarau 14 tahun negara dengan meraih pingat emas dalam acara petanque bagi kategori single lelaki di Padang hari ini.

Muhd Hafizuddin, 23, melakar sejarah apabila muncul pemain petanque pertama meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu sejak acara itu mula Dipertandingkan pada 2001 di Malaysia.

Beliau mengalahkan pemain pilihan Thong Chhoeun dari Kemboja dengan 13-6 pagi ini. Pingat gangsa dikongsi Ngo Ron dari Vietnam bersama Keokannika Phoudthala dari Thailand.

Pada penentuan final itu Muhd Hafizuddin mendapat tepukan gemuruh daripada rakan sepasukan serta para penonton.

“Saya tidak sangka dapat melakar sejarah meraih pingat emas. Sejak 2001 lagi pasukan negara tidak pernah sumbang pingat emas dalam petanque. Kemenangan ini sangat bermakna buat saya.

“Terima kasih kepada jurulatih yang tidak putus asa mendidik saya sehingga mencapai sasaran pingat emas di Sukan SEA. Pencabar saya hari ini memang kuat.

Apabila saya telah mendahului dari awal perlawanan, keyakinan saya semakin bertambah,” kata Muhd Hafizuddin yang sedikit beremosi meraikan kejayaannya itu.

Pemuda berasal dari Kelantan ini sebelum ini hanya meraih pingat gangsa dalam dua kali penampilan iaitu di Palembang pada 2011 dan Myanmar 2013.

Katanya beliau berharap kemenangan itu menambah semangat beliau dan rakan sepasukan yang lain untuk menambah pingat emas dalam acara double dan triple. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd