• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Didakwa Dengan 3 Tuduhan Rasuah

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh – Seorang Pegawai Pendakwa Trafik didakwa dengan tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Khas Rasuah, di sini hari ini, membabitkan wang suapan sebanyak RM12,000 dan RM1,500 pada April 2012.

Tertuduh, Inspektor Amrin Paiman, 53, yang berkhidmat di Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh didakwa dengan satu pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana meminta suapan sebanyak RM12,000 daripada seorang pesalah trafik.

Amrin turut didakwa dengan dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) akta sama kerana bersetuju menerima dan terima wang suapan sebanyak RM1,500 daripada individu sama.

Pegawai polis terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Tambun dan sebuah bank di Menglembu, Ipoh pada 9 dan 10 April 2012.

Tertuduh yang diwakili Peguam Muhaimin Aris, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amer Abu Bakar Abdullah dan Hakim Rihaida Rafif kemudian mengenakan jaminan sebanyak RM15,000 bagi semua pertuduhan serta menetapkan 30 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

AMRIN…didakwa dengan tiga pertuduhan rasuah membabitkan kesalah meminta, bersetuju menerima dan menerima wang suapan pada April 2012. – myMetro Online

 

Tags: polisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd