• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cara Mat Sabu Kritik Presiden Tak Kena Adab – PAS Selangor

oleh AK-47
04/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS Selangor menyifatkan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka sebagai tidak kena pada adab.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, Abdul Hadi boleh dikritik tapi mestilah menggunakan saluran yang betul.

khairuddin
Khairuddin Othman, Setiausaha PAS Selangor.

“Cara yang diguna Mat Sabu tidak betul. Kita ada platform muktamar. Sesiapa sahaja yang tidak puas hati dengan kepimpinan boleh kritik.

“Bukan cara Pas buat kritikan secara terbuka yang tidak akan membantu menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Ia sebaliknya akan mengeruhkan keadaan,” katanya, memetik laporan Agenda Daily.

Mat Sabu sebelum ini mengkritik pimpinan Abdul Hadi serta mempertikaikan kemampuan Presiden Pas itu untuk menawan Terengganu selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

Menurut Khairudin lagi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, kenyataan berbentuk kritikan terhadap Abdul Hadi seolah-olah menunjukkan dua pemimpin itu tidak serasi sekali gus akan memberi peluang kepada pihak ketiga mengambil kesempatan memecah belahkan hubungan kedua-dua pihak itu.

“Saya minta beliau termasuk pihak lain menghentikan segera tindakan mengkritik dan menyerang kepimpinan tertinggi secara terbuka kerana ia akan menambahkan lagi masalah.

“Harap pimpinan yang ada tidak lagi timbulkan isu ini kerana PAS dari dulu hingga kini tidak pernah mengajar ahli atau pemimpinnya membuat kritikan secara terbuka,” katanya.

Dalam ceramah terbukanya sebelum ini Mat Sabu mengkritik lantang Abdul Hadi apabila mengatakan, “Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta parking berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN))”.

Pemilihan Jawantankuasa Pas Pusat 2015-2017 pada Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor minggu hadapan dilihat bakal menentukan masa depan PAS bersama Pakatan.

– MYNEWSHUB.CC

Rakaman audio dakwa Mat Sabu mahu jatuhkan Hadi

https://www.youtube.com/watch?v=QefyDbTGD0E

Tags: Mat SabuPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd