• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Lebarkan Penguasaan Tangga Teratas Liga Super

oleh Ahmad Albab
24/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pahang berjaya mengekalkan kedudukan teratas Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Keputusan tersebut menyaksikan mereka mengumpul 26 mata selepas mengharungi 12 perlawanan, kelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut meraih tiga mata penuh.

Pemain gantian, Azidan Sarudin muncul wira skuad Tok Gajah setelah menanduk masuk hantaran silang daripada Mohd Fauzi Rozlan pada babak akhir perlawanan.

JDT pula menundukkan Terengganu 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, hasil jaringan pemain pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak pada masa kecederaan separuh masa pertama dan Luciano Figuero pada masa tambahan babak kedua perlawanan.

Selangor mengekalkan kedudukan ketiga liga selepas menang tipis 1-0 ke atas Felda United FC di Stadium Shah Alam menerusi jaringan tunggal pemain pertahanan, Robert Cornthwaite pada minit ke-38.

Skuad Gergasi Merah berkongsi 21 mata bersama Perak namun kekal di tangga ketiga menerusi kelebihan jaringan yang besar.

Perak pula meraih kemenangan keenam musim ini setelah mengatasi Sarawak 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Penyerang import dari Brazil, Charles Souza Chad muncul wira skuad ‘The Bos Gaurus’ menerusi dua jaringan, masing-masing pada minit ke-11 dan minit ke-32.

Billy Mehmet Osman berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-48 sebelum Namkung Woong mengesahkan kemenangan untuk Perak menerusi gol ketiga pada minit ke-59.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang wakil Singapura, Lions XII.

Pemain tengah Lions XII, Muhammad Hafiz Abu Sujad meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-42 sebelum pemain import dari Nigeria, Abdulafees Abdul Salam menyamakan kedudukan untuk ATM pada minit ke-58 menerusi sepakan penalti.

Pertemuan dua pasukan bawahan liga iaitu Sime Darby FC dan Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang turut berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Reinaldo Da Costa meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan menerusi jaringan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama perlawanan sebelum Gilmar Jose Da Silva menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-48 perlawanan. – BERNAMA

Tags: Liga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd