TUAH berpihak kepada seorang pembantu peribadi di sebuah firma guaman, Siti Nuraishah apabila dia diumumkan sebagai pengguna kedua bilion perkhidmatan Rapid Rail yang menyediakan kemudahan pengangkutan awam LRT dan Monorail.
Nuraishah, 28, dari Kuala Lumpur mengatakan dia cukup teruja dan seronok kerana dia sendiri merupakan pengguna setia perkhidmatan LRT sejak dari zaman persekolahan.
Memetik Malaysia Gazette, Selain dapat menggunakan perkhidmatan LRT dan Monorail secara percuma untuk sepanjang hayat, Nuraishah turut menerima sebuah televisyen di atas pemilihannya itu.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mencatatkan jumlah penumpang rel yang kedua bilion sejak ia beroperasi 16 tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC
Najib guna LRT untuk meninjau mutu pengangkutan awam