• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Antarabangsa Rampas 20.1 Juta Ubat-Ubatan Tidak Sah

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20.1 juta ubat-ubatan yang dipercayai boleh membahayakan pengguna bernilai kira-kira RM300.9 juta dirampas di seluruh dunia melalui satu operasi antarabangsa yang turut disertai Malaysia dari 9 hingga 16 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 149,623 bungkusan pos dan kurier diperiksa oleh agensi-agensi penguatkuasaan di seluruh dunia dan 50,068 daripadanya dirampas dalam operasi itu.

“Sebanyak 5,907 laman web dan media sosial yang terlibat dengan penjualan ubat tiruan dan tidak sah di seluruh dunia turut disiasat dan diarah tutup melalui Operasi Pangea VIII.

“Operasi yang diselaraskan oleh Polis Antarabangsa (Interpol) itu adalah operasi berasaskan internet terbesar di peringkat antarabangsa setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 236 agensi penguatkuasaan dari 115 buah negara termasuk Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan mengambil bahagian dalam operasi itu.

Menurutnya, operasi itu menyasarkan tiga aspek utama dalam permerdagangan ubat haram melalui internet iaitu pembekal perkhidmatan internet (ISP), sistem pembayaran elektronik dan perkhidmatan penghantaran.

Katanya, penekanan turut diberikan ke atas aktiviti meningkatkan kesedaran pengguna tentang risiko dan bahaya pembelian ubat-ubatan secara atas talian.

Bagi Malaysia, katanya, aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan melibatkan serbuan dan pemeriksaan ke atas penjual dan premis perniagaan yang terlibat.

Jelasnya, pemeriksaan turut dijalankan di semua pintu masuk utama di seluruh negara melibatkan pusat mel dan kurier, lapangan terbang, pos sempadan, terminal feri dan sebagainya.

“Sepanjang tempoh operasi ini, sebanyak 45,317 bungkusan dan 130 premis telah diperiksa dengan nilai rampasan keseluruhan RM830,663.

“Daripada jumlah tersebut 283 bungkusan pos dan kurier bernilai RM 405,833 turut dirampas. Antara produk utama yang dikesan dan dirampas adalah produk peransang seks, pelansing badan, kosmetik dan produk tradisional dicampur racun yang kebanyakannya tidak berdaftar,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KKMubat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kim Kardashian Dedah Bakal Timang Anak Lelaki

Next Post

Tuan Ibrahim Minta Ahli PAS Hentikan Polemik

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

Tuan Ibrahim Minta Ahli PAS Hentikan Polemik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd