Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Bapa Kena Strok Di...

KEGEMBIRAAN sebuah keluarga yang sedang bercuti di Australia pada 30 Ogos lalu bertukar...

Mayat Bayi Cukup Sifat,...

IPOH - Mayat seorang bayi yang cukup sifat ditemui di dalam tong sampah...

Dihina Di FB, Sharifah...

MEMANG ada di kalangan netizen yang gemar memberikan kata-kata hinaan dan kritikan negatif...

Najib Minta Rakyat Pastikan...

MELAKA - Rakyat perlu memastikan tiada penjajahan moden berlaku di Malaysia kerana mereka...

Nik Abduh Sindir Arwah Bapa ‘Sayang’ Ahmad Awang

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyelar ahli parti itu yang memperlekeh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nik Mohamad Abduh berkata, pihak yang menyanjungi bapanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya turut menyanjungi Abdul Hadi.

“Tidakkah anda merasa takjub dengan sebahagian pencinta Almarhum Nik Abdul Aziz.

“Mereka mendakwa mencintainya sungguh-sungguh, tetapi dalam masa sama mereka membenci Abdul Hadi sungguh-sungguh,” katanya dalam satu entri melalui laman Facebook beliau hari ini.

Nik Mohamad Abduh yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS dalam pemilihan parti itu kali ini turut menyindir pencabar Abdul Hadi bagi jawatan Presiden PAS iaitu Ahmad Awang.


“Walhal Almarhum Nik Abdul Aziz semasa hayatnya begitu mencintai dan mengkagumi kealiman dan keperibadian Abdul Hadi??” sindir beliau.

Pemilihan PAS yang akan berlangsung di Kuala Se­langor, Selangor bakal menyaksikan Abdul Hadi yang telah menerajui parti itu sejak 2002 dicabar buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun oleh bekas Naib Presiden parti itu, Ahmad Awang (gambar atas) dalam pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Presiden PAS. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori