• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazri Sedia Disiasat Kerana ‘Mencabar’ TMJ

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz bersedia disiasat polis apabila mencabar Tunku Mahkota Johor (TMJ) dengan mengatakan beliau “tidak tertakluk kepada undang-undang”.

“Saya tidak tertakluk kepada undang-undang. Kita perlu benarkan proses ini diteruskan. Apabila ada laporan daripada pihak awam, jadi seharusnya Ketua Polis Negara menjalankan tugasnya,” kata Nazri.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin mengenai siasatan yang dijalankan terhadapnya mengikut Seksyen 505B Kanun Keseksaan berikut kenyataan beliau terhadap Tunku Ismail.

Sabtu lalu, Nazri meminta supaya TMJ tidak campur tangan dalam politik kecuali rela dirinya dikritik dan juga tertakluk kepada undang-undang.

Kata Nazri, kerabat diraja tidak sepatutnya mencampuri urusan politik kerana “kami yang melindungi kerabat diraja.”

Beliau merujuk kenyataan Tunku Ismail melalui halaman Johor Southern Tigers Facebook pada 5 Jun, di mana TMJ membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menghadiri dialog bagi menjelaskan isu negara.

Susulan itu, Tunku Ismail membalas dengan memuatnaik video senyap dengan hanya reaksinya memberi isyarat.

Ditanya mengenai perkara itu, Nazri berkata: “KPN betul apabila menyatakan ia perlu disiasat.”

Pada Isnin, sebagai tindak balas terbaharunya terhadap kenyataan TMJ bahawa dirinya ‘bukan Tuhan’, Nazri mengulangi pendiriannya bahawa dalam sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan kerabat adalah di atas politik.

“Pertamanya, tidak ada orang Islam yang akan mendakwa diri mereka sebagai Tuhan. Saya seorang Muslim. Tuhan saya ialah Allah.

“Oleh kerana raja-raja dilindungi oleh undang-undang, adalah sukar bagi kita untuk bertindak balas tanpa masalah.

“Rakyat biasa boleh mengkritik ahli-ahli politik, kerana kita boleh mempertahankan diri kita.

“Tetapi kerabat adalah di atas politik. Mereka dilindungi di bawah undang-undang. Apabila mereka mengkritik, sukar bagi kita untuk bertindak balas kerana undang-undang yang melindungi mereka.

“Dan, sebagai putera mahkota yang suatu hari nanti akan menjadi Sultan, adalah lebih baik untuk beliau kekal di atas politik.

“Beliau tidak boleh dilihat sebagai mengambil peranan tertentu,” kata Nazri.

Mengenai kritikan terhadap Perdana Menteri kerana tidak menghadiri dialog awam untuk membincangkan hal ehwal semasa, Nazri berkata: “Rakyat biasa boleh mengkritik tetapi tidak kerabat.” – mStar Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=5uXwwsh6qQs

Tags: Nazri AzizTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd