• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazmi Faiz Digantung 6 Perlawanan Oleh AFC

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pemain tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor sah terlepas baki saingan acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2015 yang sedang berlangsung di Singapura.

Pemain Selangor itu yang sebelum ini digantung dua perlawanan, terpaksa menempah ‘tiket awal’ pulang ke tanahair.

Ia berikutan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan penggantungan enam perlawanan akibat kesalahan meludah pemain Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura, Sabtu lepas.

Hukuman berkenaan disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbarunya di laman Facebook, hari ini.

“Rasmi: J/kuasa Tatatertib AFC memutuskan Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan kerana meludah pemain Timor Leste Sabtu lalu,” demikian menurut FAM.

Tindakan Muhammad Nazmi Faiz meludah pemain Filipe Oliveira pada minit ke-31 perlawanan menyebabkan beliau dibuang padang oleh pengadil, Chuan Hui Foo dari Singapura, sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee sekadar menang tipis 1-0 hasil jaringan D. Saarvindran pada minit ke-11. – BERNAMA

Tags: Nazmi Faiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nazmi Positif Latihan Sebelah Malam Di Bulan Ramadan

18/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhamad Nazmi Faiz Mansor tidak menganggap sesi latihan pada sebelah malam...

Nazmi Didenda RM3,000, Gantung Satu Perlawanan

27/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Nazmi Faiz Mansor digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 berikutan kekasaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd