Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Anwar Ibrahim Umum Pakatan...

BEKAS Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan setelah didapati bersalah...

Ebit Lew Didakwa Atas...

TENOM : Pendakwah terkenal, Ebit Lew, 38, didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan...

Nikmati Musim Haji Yang...

DETIK Indah di Madinah dan Makkah dalam Perspektif Foto dan Sedutan Video via Instagram? Ya!...

Perang Dagang AS-China Mungkin...

KUALA LUMPUR - Perang dagangan yang berlaku antara Amerika Syarikat (AS) dengan China...

Nazmi Positif Latihan Sebelah Malam Di Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhamad Nazmi Faiz Mansor tidak menganggap sesi latihan pada sebelah malam sepanjang bulan Ramadan ini sebagai perkara yang membebankan.

Sebaliknya, pemain berusia 23 tahun itu berkata latihan yang akan dijalankan selepas waktu berbuka puasa adalah amat penting dan dilihat sebagai kunci utama dalam mengekalkan rentak cemerlang pasukan dalam saingan Liga Super 2018.

“Persefahaman antara pemain amat dititikberatkan dalam pasukan. Justeru itu, latihan malam ini di bulan Ramadan amat perlu, tambahan pula musim ini kami mempunyai beberapa perlawanan pada bulan puasa.

“JDT sedang menerajui liga dan disebabkan itu kami perlu kekal konsisten untuk terus berada di puncak liga,” katanya seperti dipetik di dalam laman Facebook Rasmi JDT; Johor Southern Tigers, hari ini.


JDT yang kini mengungguli takhta Liga Super dengan mengumpul 25 mata bakal mengharungi lima aksi sepanjang bulan Ramadan. Dua daripadanya membabitkan pertemuan menentang pasukan di kedudukan kedua yang juga seteru utama, Pahang, pada 6 dan 9 Jun depan.

JDT akan membuka aksi pada bulan Ramadan dengan menentang Negeri Sembilan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Rabu depan diikuti PKNS FC di Stadium Shah Alam (27 Mei) sebelum menerima kunjungan Perak pada 2 Jun. – BERNAMA

Kategori