• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mumbai Terus Lumpuh, Berjuta Terkandas Di Rumah

oleh Ahmad Albab
20/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Hujan monsun lebat terus melumpuhkan Mumbai, bandar terbesar di India, dengan berjuta penduduknya diberi amaran oleh kerajaan supaya tinggal di dalam rumah memandangkan hujan lebat diramalkan dalam 24 jam akan datang.

Perkhidmatan kereta api yang menjadi pengangkutan utama kepada 21 juta orang di bandar dan pinggir bandar, kekal lumpuh dengan pihak berkuasa mendapatkan bantuan daripada polis dan tentera dalam kerja-kerja menyelamat dengan dua kematian dicatat setakat ini.

Malam tadi, kebanyakan tempat di bandar ini mengalami gangguan bekalan air dan elektrik menyebabkan banyak kawasan komersial terpaksa menutup perniagaan mereka untuk hari kedua berturut-turut.

Pegawai kerajaan berkata penerbangan domestik dan antarabangsa juga mengalami kelewatan dan ada yang terpaksa dijadualkan semula.

Ketua Menteri Maharashtra, Davendra Fadnavis berkata air pasang dan longkang tersumbat memburukkan lagi usaha untuk mengepam keluar air hujan ke laut.

Kebanyakan kawasan di bandar itu terletak di bawah paras laut, justeru, pakar menyatakan perlu mengambil masa beberapa hari sebelum air hujan itu dapat disalirkan keluar sepenuhnya.

Sementara itu, media tempatan melaporkan kekecewaan semakin memuncak dalam kalangan penduduk dengan anggota politik mula menuding jari terhadap kegagalan pihak berkuasa tempatan menangani musim monsun tahunan itu.

Malah, Davendra dari kerajaan BJP dipetik oleh media sebagai berkata, masalah yang dihadapi lebih 10 tahun di bawah kerajaan Kongres sebelum ini tidak dapat diselesaikan dalam masa “singkat”.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi India (IMD) berkata keadaan buruk belum berakhir lagi apabila semalam sahaja, sejumlah 300mm hujan direkodkan.

Jabatan itu berkata pada keadaan biasa, jumlah hujan berkenaan biasanya direkodkan untuk tempoh lebih 15 hari.

Pakar berkata adalah sukar bagi mana-mana bandar di dunia menangani keadaan hujan sebegitu dengan beberapa stesen pam masih dalam pembinaan.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, Eldeen Husaini Mohd Hashim ketika dihubungi berkata kira-kira 100 rakyat Malaysia yang menetap di bandar ini dinasihat supaya berada di dalam rumah bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Beliau berkata usaha sedang dibuat bagi menghubungi 50 ke 60 rakyat Malaysia yang tidak berdaftar mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil sekiranya keadaan bertambah buruk.

Rakyat Malaysia yang memerlukan maklumat lanjut mengenai nasihat perjalanan atau bantuan boleh menghubungi pejabat konsulat di +912226455751 atau +912226455752, atau e-mel: [email protected]. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd