• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Sabu Yakin PAS Kekal Dalam Pakatan

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyuarakan keyakinan parti Islam itu akan terus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan meneruskan ‘tahaluf siyasi’ (kerjasama politik) dengan sekutunya dalam PR, DAP dan PKR.

Di sebalik menerima pelbagai kritikan keras terutama dari DAP berhubung undang-undang hudud di Kelantan, Mohamad berkata setakat ini PAS tidak membuat sebarang keputusan untuk meninggalkan pakatan itu.

“Setakat ini, tak adalah keputusan kami nak keluar atau meninggalkan Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai ucapan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat semasa majlis itu yang menegaskan bahawa Pemuda PAS mahu parti itu kekal dalam PR dan meneruskan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

Mohamad berkata, beliau turut berkeyakinan Dewan Pemuda PAS yang mula bersidang hari ini dan Dewan Muslimat PAS yang akan berlangsung esok akan menyatakan pendirian yang serupa dengannya dalam muktamar masing-masing.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, PAS masih memerlukan kerjasama dengan DAP dan PKR terutama untuk memenangani kerusi dalam pilihan raya.

Mengambil contoh kegagalan PAS menguasai Terengganu pada 1999, beliau berkata perkara itu mungkin tidak akan berlaku sekiranya PAS ada kerjasama politik bersama Barisan Alternatif yang terdiri daripada parti-parti pembangkang pada masa itu.

Mengulas mengenai ketidakhadiran wakil DAP pada majlis perasmian Muktamar Pemuda PAS hari ini, Mohamad menganggap mungkin pemimpin parti itu ada urusan lain.

“Mereka ada hallah tu,” katanya ringkas.

Muktamar Pemuda PAS petang ini hanya dihadiri wakil PKR iaitu Ketua Pemudanya, Nik Nazmi Nik Ahmad, sementara Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong atau wakil dari parti itu tidak kelihatan.

Dalam laporan berita sebuah portal hari ini, Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengesahkan bahawa parti itu tidak akan menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ini, termasuk sidang Muktamar Dewan Pemuda parti itu yang berlangsung hari ini dan esok.

Hubungan tegang kedua-dua parti dikatakan bermula selepas PAS membentangkan undang-undang hudud di Kelantan yang mendapat tentangan dan kritikan keras DAP.

Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung di Kuala Selangor bermula Khamis hingga Sabtu ini, dijangka akan menentukan pendirian PAS sama ada untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat. – BERNAMA

Tags: Mat SabuPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd