• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesej Puasa Artis Buat Peminat Dalam Instagram

oleh
21/06/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIMANAKAH golongan artis dan selebriti menyambut kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini? Jawapannya sememangnya ketara menerusi wadah-wadah media sosial mereka.

Para artis Malaysia dan juga dari seberang tambak di Singapura juga aktif memuat naikkan pelbagai mesej untuk mengalu-alukan kedatangan bulan puasa kepada para peminat masing-masing.

Misalnya, biduanita tidak asing lagi, Datuk Siti Nurhaliza tidak ketinggalan memuat naik video ke Instagramnya untuk mengucapkan selamat menyambut kehadiran bulan keberkatan itu.

selamat berpuasa dan maaf zahir batin

A video posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on Jun 16, 2015 at 11:26pm PDT

Erra Fazira pula, yang baru-baru ini mula mengenakan hijab, turut memuat naik dan berkongsi beberapa nasihat agar dapat dimanfaatkan para peminatnya.

Assalammualaikum teman2 sekelian.. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga sejahtera dan bertambah sempurna amalan kita di bulan yg mulia ini sambil meraih ganjaran2 pahala yg lain.. saya mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap samada sedar mahupun tidak selama ini.. semoga kita semua sentiasa dalam Rahmatnya. Amin.

A photo posted by [email protected] (@errafazira) on Jun 17, 2015 at 12:59am PDT

Syahrul Ridzwan, yang namanya terus hangat menerusi drama Hati Perempuan, kini berada di tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah.

Syahrul juga memuatnaikkan gambarnya di tanah suci Makkah dengan kata-kata yang cukup mendalam.

“Ada orang kaya, miskin, sihat, sakit, tua, muda, semuanya ada. Tapi semua itu bukan dipandang pun. Semuanya sama,” tulis beliau.

25 minit sebelum Maghrib. Ada orang kaya, miskin, sihat, sakit, tua, muda, semuanya ada. Tapi semua tu bukan dipandang pun. Semuanya sama. #SalamRamadhanSR

A photo posted by SAHARUL RIDZWAN (@syarulridzwan) on Jun 17, 2015 at 8:50am PDT

Tahun ini juga merupakan pertama kali Syarif dan Malaque berpuasa sebagai pasangan suami isteri sejak mereka mendirikan rumah tangga November lalu.

Syarif memuat naikkan gambarnya bersama Malaque selepas solat sunat terawih semalam dan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua.

Beliau berkata: “Ramadan kali ini rasa ‘special’ sikit.” Semestinya istimewa kerana kehadiran isteri tercinta di sampingya.

Alhamdulillah. Completed our 1st Tarawih together. Ramadhan kali ni rasa special sikit ☺️. Selamat Berpuasa semua! Jangan lupa bangun SAHUR!!!! #thesyarifs #ramadhan2015

A photo posted by Syarif’s Official IG (@syarifsleeq) on Jun 17, 2015 at 9:34am PDT

Aisyaah Aziz, anak kelahiran Singapura yang semakin popular namanya di persada seni Malaysia, juga memuat naikkan gambar berunsur kata-kata nasihat.

Beliau sempat bergurau serta mengakhiri ucapannya dengan kata-kata: “Jangan puasa ‘yok yok’ minum coke.”

Ramadan kareem to all my Muslim sisters and brothers. May Allah shower our path with light and knowledge & may Allah accept all our prayers. Inshaa’Allah. Jangan puasa yok yok minum coke ok

A photo posted by #PilihanSejati (@aisyaah_aziz) on Jun 17, 2015 at 3:12am PDT

– Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: ArtisErra FazirahijabMakkahramadansiti nurhaliza
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasangan Tak Malu Buat Seks Dalam Pusat Beli Belah

Next Post

Jokowi Bakal Pecat Menteri Yang Gagal Capai Prestasi

Related Posts

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Next Post

Jokowi Bakal Pecat Menteri Yang Gagal Capai Prestasi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd