HONG KONG – Restoran makanan segera McDonald’s kini menjadi tempat tidur bagi golongan gelandangan di Hong Kong disebabkan kakitangan restoran tidak dibenarkan menghalau pelanggan.
Keadaan ini menjadikan restoran itu sebagai tempat tidur yang cukup selesa kepada gelandangan ini yang tidak mampu membeli rumah.
Ia menyebabkan sesiapa sahaja yang memasuki restoran makanan segera itu yang beroperasi 24 jam, terkejut dan tidak berselera untuk menikmati makanan di situ disebabkan oleh gelandangan tersebut yang menjadikan rumah McDonald’s umpama rumah sendiri.
Selain tidur, mereka juga minum minuman keras, merokok dan mandi di tandas McDonald’s hinggakan pelanggan lain terjejas dengan keadaan berkenaan.
Malah bau busuk gelandangan itu juga menyebabkan pelanggan melarikan diri.
Alasan yang diberikan ialah mereka tidak mampu membeli rumah di Hong Kong yang mahal harganya.
– MYNEWSHUB.CC


