• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBPP Roboh Struktur Logo UMNO Ikut Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo UMNO di Menara UMNO Negeri di Jalan Macalister di sini Jumaat lepas adalah mengikut undang-undang, kata MBPP.

Anggota Majlis MBPP Ong Ah Teong berkata pembinaan struktur logo itu adalah haram kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan.

DISYORKAN BACA : 

DAP Tunjuk Kuasa ‘Hapuskan’ UMNO Di P.Pinang

“Saya telah menerima panggilan Khamis lepas yang mengadu wujud satu struktur haram di tempat itu. Pada Khamis petang saya pergi ke tempat itu dan mendapati memang ada satu struktur haram tanpa permit.

“Saya telah memanggil Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di tempat itu. Keesokannya kami dapati struktur logo itu telah siap dinaikkan. Pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis serta-merta untuk menurunkan struktur itu.

“Mereka (jabatan bangunan) ke sana untuk menurunkan struktur itu. Berlaku sedikit kekecohan di situ. Diharapkan pihak UMNO tidak mempolitikkan isu ini. Kami di pihak MBPP hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Penguatkuasa MBPP pada Jumaat lepas cuba meroboh struktur tulisan UMNO di depan bangunan parti itu di Jalan Macalister, namun berjaya dihalang anggota parti berkenaan.

Ong yang juga Anggota Jawatankuasa Tetap MBPP berkata sebarang pembinaan struktur di negeri ini perlu mendapat permit terlebih dahulu.

Katanya beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Datuk Bandar MBPP Datuk Patahiyah Ismail yang turut mengarahkan tindakan diambil mengikut prosedur undang-undang.

“Kita telah menurunkan 290 stand alone board di negeri ini. Sesiapa yang menyalahi undang-undang akan diambil tindakan,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman bahawa MBPP seharusnya memberi notis selama 30 hari untuk membuat sebarang tindakan, Ong berkata MBPP boleh mengeluarkan notis serta merta untuk pemunya menurunkan struktur itu.

UMNO Pulau Pinang perlu menurunkan struktur itu terlebih dahulu dan membuat permohonan untuk mendirikan struktur logo berkenaan, katanya.

Justeru itu, beliau berkata pihaknya mengeluarkan notis kepada UMNO Pulau Pinang untuk menurunkan struktur itu dalam tempoh seminggu bermula hari ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=-Kw3tWd-gh8

Tags: Pulau PinangUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd