• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Dalam Kotak: Polis Tahan Suspek Rakyat Indonesia

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan suspek kes bunuh bersabit penemuan mayat seorang wanita yang disumbat di dalam kotak dan dibuang di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah, di sini pada 23 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalthrash Wahid berkata suspek yang merupakan wanita rakyat Indonesia berusia 28 tahun ditahan ketika bekerja di sebuah premis menjual nasi ayam di Tanjung Bungah pada Sabtu lepas.

Beliau berkata rakan dan bekas majikan mangsa tampil membuat pengecaman mayat selepas tersiar gambar gelang yang dipakainya di akhbar dan memberi maklumat mengenai suspek yang berusia 28 tahun itu.

“Mangsa yang telah dikenal pasti sebagai rakyat Indonesia dan berusia 38 tahun itu adalah rakan serumah suspek.

“Dalam soal siasat selama tiga hari suspek pada mulanya membuat cerita mengatakan mangsa telah berpindah namun keterangannya didapati bercanggah dan tidak konsisten,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata suspek mengaku menghentak kepala wanita itu ke dinding beberapa kali sehingga mati kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang enggan membayar hutangnya berjumlah RM8,000.

Katanya siasatan di rumah flat yang disewa mereka di Tanjung Bungah menemukan kesan darah kering pada dinding yang cuba ditutup dengan cat selain kesan darah pada baju yang dipakai suspek pada hari kejadian.

Mior Faridalthrash berkata rakaman kamera litar tertutup di flat itu mendapati suspek dibantu seorang lelaki disyaki rakan senegaranya mengangkut kotak berisi mayat mangsa menggunakan troli ke dalam sebuah lori.

“Lori yang disewa suspek dan rakannya itu dipandu seorang lelaki tempatan namun dia mendakwa tidak tahu kandungan kotak tersebut,” katanya menambah kenderaan itu turut dirampas untuk membantu siasatan.

Beliau berkata polis masih mengesan lelaki yang membantu suspek untuk melupuskan mayat mangsa dan menyifatkan kes itu telah selesai.

Pada kejadian pukul 1 tengah hari mayat mangsa yang telah mereput dipercayai telah mati lebih 10 hari ditemui pengutip tin dan botol kira-kira 20 meter dari kawasan curam kaki bukit berkenaan. – BERNAMA

 

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd