Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

2 Maut, Seorang Parah...

SEREMBAN - Dua maut manakala seorang cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan dua...

3 Pelajar Ditemukan Mati...

KOTA KINABALU - Tiga pelajar lelaki ditemukan mati lemas ketika menyertai program perkhemahan...

Bayi Dicampak Dari Tingkat...

KAJANG - Bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dicampak dari tingkat dua sebuah...

Penduduk Mukim Bendang Pak...

TUMPAT - Kira-kira 5,000 penduduk dalam Mukim Bendang Pak Yong di sini meminta...

Malu Punya Pasal.. Wanita Sorok Mayat Bayi Dalam Mesin Basuh

KEJAM dan melampau.. seorang wanita berusia 23 tahun tergamak menyumbat bayi perempuan yang masih bertali pusat dalam sebuah plastik sebelum bertindak menyembunyikan dalam mesin basuh di rumahnya yang terletak di Kampung Bukit Lakota, Jeli, Kelantan.

Difahamkan, suspek yang merupakan pembantu kedai telah melahirkan bayi tersebut seorang diri tanpa diketahui keluarganya, petang semalam.

Menurut laporan polis, suspek mendakwa menyembunyikan bayi itu setelah mendapati anaknya tidak bernyawa ekoran tidak menangis dan tidak bertindak balas.

Siasatan awal mendapati, ibu suspek tidak mengetahui tentang kehamilan anaknya itu selama ini.

1 (1) (1) 2 (1)

Bagaimanapun, hal ini terbongkar apabila suspek yang mengadu kesakitan dibawa ke Hospital Jeli.

Suspek yang mengalami pendarahan teruk membuatkan doktor curiga sekali gus membuat suspek berterus-terang tentang kelahiran anak luar nikahnya itu.


Berikutan itu, pihak hospital bertindak memaklumkan kepada pihak polis sebelum mayat bayi malang yang cukup sifat itu ditemui dibelakang rumah suspek kira-kira 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar turut mengesahkan kejadian itu.

“Kes masih dalam siasatan, manakala suspek dirawat di Hospital Tanah Merah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=V7eYeG4r1Uk

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori