• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Macau Scam’ Berlagak Anggota Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Orang ramai diingatkan mengenai sindiket ‘Macau Scam’ yang berlagak sebagai anggota polis bagi memperdaya mangsa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata pihak polis tidak akan membuat sebarang urusan dengan anggota masyarakat melalui panggilan telefon sebaliknya mereka akan diminta hadir ke Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) atau Ibupejabat Polis Daerah sekiranya diperlukan untuk membantu siasatan.

“Semalam saya sendiri menerima maklumat daripada seorang ahli perniagaan bahawa dia mendapat panggilan telefon daripada kononnya Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Negeri yang mendakwa ahli perniagaan berkenaan terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.

“Ahli perniagaan itu kemudiannya diminta menghubungi seorang lagi pegawai polis kononnya dari Hong Kong melalui nombor yang diberikan, tetapi ahli perniagaan itu tidak mengendahkan arahan tersebut,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan seumpama itu diminta agar mendapatkan pengesahan dari IPK Melaka sebelum mengikut arahan atau permintaan sindiket berkenaan melalui panggilan telefon.

Chuah berkata ini kerana sindiket itu mempunyai pelbagai helah untuk memperdaya mangsa dan menyebabkan kerugian wang tunai.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan cuba mendapatkan lebih banyak pistol renjatan elektrik ‘taser gun’ sebagai senjata alternatif terutama ketika menghadapi kejadian amuk atau rusuhan bersenjatakan seperti parang bagi mengelak pelaku daripada mengalami kecederaan atau mati akibat tembakan senjata api.

“Polis Melaka kini hanya mempunyai kurang daripada 10 taser gun yang tidak mencukupi untuk kegunaan anggota polis di tiga daerah di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: kes tipupolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd