BERANG kerana ternakan mati dimakan seekor ular, seorang lelaki bertindak menjadikan ular itu sebagai hidangan dan memakannya tanda balas dendam.
Agak memualkan namun itulah yang dilakukan oleh Trevor Bounds selepas dia membunuh ular yang telah memakan ternakannya di dalam kandang di Oklahoma.
Keluarga Trevor memiliki beberapa jenis ternakan dan merupakan tempat ‘berlindung’ seperti itik, ayam, anjing, arnab dan juga guinea pig.
Trevor mendapati kebanyakan haiwan ternakannya sudah mati dimakan ular sepanjang 6 kaki apabila dia keluar untuk melihat haiwan ternakan itu di dalam kandang.
https://www.youtube.com/watch?v=aAUt2HKl_4c
Ular itu berada di dalam kandang ternakan Trevor dan dipercayai ingin ke kandang seterusnya yang terdapat beberapa ekor anak anjing namun dibunuh oleh Trevor lalu memanggangnya.
Dia juga memberitahu sumber bahawa ular itu tidak rasa seperti ayam tetapi rasanya seperti ikan. – MYNEWSHUB.CC

