• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Menjaring Ikan Di Air Terjun Pelangi

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang menjaring ikan di Lubuk Beruk, Air Terjun Pelangi dekat Sungai Lembing di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa yang hilang ialah Ahmad Tarmizi Shafie, 30, berasal dari Kampung Serkam Pantai, Merlimau, Melaka.

“Kejadian berlaku pada 11 pagi ketika mangsa bersama dua rakannya memasang menjaring ikan di sungai berkenaan.

“Semasa sedang memasang jaring tiba-tiba Ahmad Tarmizi tenggelam dan dihanyutkan air menyebabkan rakannya yang berada di kawasan berhampiran cuba menyelamatkan mangsa namun gagal,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Sungai Lembing pada pukul 12.50 tengah hari sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada pukul 3.15 petang.

Katanya, tempat kejadian yang agak jauh terpencil ke dalam hutan menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Jabatan Pertahanan Awam mengambil masa untuk sampai ke tempat kejadian.

“Kira-kira 1 jam 30 minit masa diperlukan untuk sampai ke lokasi kejadian itu,” katanya.

Pasukan mencari dan menyelamat sekali lagi terpaksa berhadapan dengan cabaran apabila hujan turun dengan lebat semasa operasi dijalankan menyebabkan arus air Sungai Lubuk Beruk menjadi deras dan meningkat naik mendadak.

“Operasi kemudiannya terpaksa dihentikan pada pukul 7.30 petang semalam memandangkan cuaca gelap dan hujan lebat namun telah disambung semula seawal 8 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu pada Jumaat lepas katanya, mangsa bersama rakannya dari Kuala Lumpur difahamkan telah ke kawasan itu untuk berkhemah dan masuk ke kawasan Air Terjun Pelangi menggunakan sebuah pacuan empat roda,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: lelakimati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd