• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih RM348 Juta Dikutip Melalui Diskaun PTPTN

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM348.46 juta berjaya dikutip melalui insentif diskaun bayaran balik pembiayaan sebanyak 20 peratus kepada peminjam Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam tempoh 10 Oktober 2014 hingga 31 Mac tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata dalam tempoh tersebut, sebanyak 39,239 peminjam yang telah dilaraskan akaun pembiayaannya diberi diskaun berkenaan kerana membuat penyelesaian pinjaman secara sekaligus.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata pemberian diskaun kepada peminjam pula berjumlah RM87.12 juta.

“Manakala dalam tempoh sama bagi insentif rebat 10 peratus pula, sebanyak RM331.45 juta telah diterima daripada 119,954 peminjam melibatkan jumlah rebat sebanyak RM33.15 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Lim ingin tahu mengenai insentif diskaun dan langkah-langkah bagi mengecualikan peminjam PTPTN daripada membayar semula hutang PTPTN, statistik tahunan bagi kutipan pembayaran balik dan jumlah masih tertunggak semenjak 2010.

Muhyiddin berkata sehingga 31 Mac 2015, sebanyak 1,716,475 peminjam perlu membayar balik pinjaman berjumlah RM13.32 bilion.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,110,790 atau 64.71 peratus peminjam telah mula membayar balik pinjaman dengan amaun kutipan sebanyak RM6.24 bilion.

Katanya bilangan peminjam yang masih gagal membuat bayaran balik ialah sebanyak 605,685 peminjam melibatkan amaun tertunggak berjumlah RM4.70 bilion.

“Dalam tempoh yang sama, seramai 84,308 peminjam telah disenarai hitam daripada meninggalkan negara melalui Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, katanya bagi peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, mereka boleh memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN dengan melengkapkan dokumen antaranya borang akuan penerima biaya; salinan ijazah atau setaraf dengannya serta salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan Bahagian Akademik Institut Pengajian Tinggi berkaitan. – BERNAMA

 

Tags: PTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd