Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lelaki Dipenjara 9 Tahun,...

SEORANG lelaki yang menyebabkan alat penggera api berbunyi di dalam pesawat gara-gara tindakannya...

Pendaki Tertua Malaysia Sedia...

KUALA LUMPUR - Pendaki gunung tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, kini...

MB Perlis Harap Kerajaan...

KANGAR – Kerajaan Perlis berharap kerajaan Persekutuan menyokong pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dirancang...

Wan Rakemi Menang Pemilihan...

TANAH MERAH: Jawatan Ketua UMNO bahagian Tanah Merah yang kosong selepas penyandangnya, Datuk...

Lebih 26,000 PATI, 299 Majikan Ditangkap Hingga Semalam

KUALA LUMPUR – Lebih 26,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 299 majikan telah ditangkap Jabatan Imigresen atas pelbagai kesalahan sejak awal tahun hingga semalam, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kesemua 26,716 PATI dan majikan yang ditangkap itu adalah hasil operasi penguatkuasaan secara bersepadu dan berterusan, operasi mempercepatkan proses pengusiran dan memperkasakan kawalan pintu masuk dengan menggunakan sistem biometrik.

“Kementerian melalui Jabatan Imigresen turut membuat naziran ke atas premis yang terdapat warganegara asing, seperti kawasan luar bandar, kawasan bandar dan premis majikan yang menggaji pekerja asing serta institusi yang mengambil pelajar antarabangsa.

“Mana-mana pekerja asing yang melangar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 akan diambil tindakan secara tegas,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Adam Abdul Hamid dalam sesi soal jawab.

Wan Junaidi berkata antara punca utama yang dikenal pasti mendorong pendatang asing ke negara ini adalah kestabilan ekonomi dan politik Malaysia termasuk peluang pekerjaan yang banyak di negara ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori