Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

‘Saya Harap Saya Tak...

PENYANYI Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, mengakui dirinya berharap agar...

Video Penyokong Indonesia Dipukul...

KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis berkaitan video tular yang menunjukkan beberapa warga...

10 Tempat Menarik Aktiviti...

HUJUNG minggu adalah waktu yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan....

Jiran Lapor Polis Lelaki...

BEBERAPA individu membuat laporan polis ke atas seorang lelaki yang didakwa suka memotong...

Latar Agih 5,500 Pek Kurma Percuma Kepada Pengguna Lebuh Raya Esok

KUALA LUMPUR – Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar) akan mengedarkan sebanyak 5,500 pek kurma secara percuma kepada pengguna lebuh raya itu esok bersempena sambutan Ramadan.

Latar dalam satu kenyataan media memberitahu, pemberian kurma itu sebagai tanda terima kasih dan meraikan pengguna lebuh raya Latar yang menyambut kedatangan bulan puasa tersebut.

“Pek-pek kurma ini akan diagihkan kepada para pengguna yang melalui Plaza Tol Ijok, Kuang Barat, Kuang Timur, Kundang Barat, Kundang Timur dan Taman Rimba Templer bermula pukul 2 petang.

“Program pemberian kurma kepada para pengguna Lebuhraya LATAR merupakan program tahunan khas Latar bersempena menyambut bulan Ramadan,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, sebanyak 5,500 pek kurma itu juga diberikan secara percuma bertujuan memudahkan para pengguna yang terpaksa berbuka ketika masih dalam perjalanan ke destinasi masing-masing. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=fG0PMWS9lkY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori