• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasa ‘Viral’.. Awek Cun Temui Kembali Dompet Yang Hilang

oleh AK-47
04/06/2015
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, seorang gadis dikenali sebagai Sarah Danielle telah menarik perhatian netizen apabila memuat naik status memohon bantuan orang ramai agar memulangkan kembali dompetnya yang dipercayai tercicir ketika tertidur dalam Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Status tersebut menjadi viral dan dikongsi oleh ramai yang berbersimpati deengan nasib gadis ini.

Menurut Sarah, kehilangan dompetnya itu membuatkan dia tidak mampu bergerak ke mana-mana baik untuk melaporkan kehilangan dompet mahupun membuat dokumen baharu.

=sha (1)

“Viral kan post ni. Mintak jasa baik kawan-kawan Facebook share post saya ni. Saya tak berapa sehat semalam, paksa diri pergi kerja juga, jadi saya tertidur dalam ktm. Berkemungkinan beg dompet saya jatuh tanpa saya sedar. Saya tahu peluang untuk orang yg pegang beg dompet saya sekarang untuk baca status saya ini sangat-sangat tipis. Tapi ini je yang mampu saya usaha, sebab saya telah kehilangan almost everything termasuk kad-kad bank, sedikit duit belanja harian, kad pengenalan, lesen, kad sspn dan gambar arwah abah yg ada dalam dompet tersebut. Saya tak ada satu sen pun untuk bergerak kemana-mana untuk lapor kehilangan atau buat kad baru. Saya tinggal sendirian. Jauh dari kawan2 kolej. Jadi saya mohon jasa baik kawan2 tlg viral kan status ini moga2 ada yang berkenaan terbaca. Saya tak kesah duit hilang atau x de. Beg dompet tu pun saya x kesah. Paling tidak pun mohon post kan kad2 saya ke alamat yg tertera dlm kad pengenalan saya. Saya bukan orang senang. Jadi saya mohon sangat”.

Ternyata, permintaan Sarah mendapat respon ramai yang ingin membantu gadis cantik ini menemukan kembali dompet miliknya.

Dengan kuasa Allah SWT serta kehebatan status viral tersebut, Sarah berjaya menemukan kembali dompet beserta segala dokumen penting miliknya, pagi tadi.

Bagaimanpun, wang di dalam dompet berkenaan telah dikebas oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Pertama sekali, alhamdulillah saya dah bertemu dengan pemegang beg dompet saya di stesen KTM Putra jam 9.30 pagi tadi.

“Alhamdulillah semua kad-kad saya selamat. Cuma duit saja yang tak dapat diselamatkan. Tapi tak mengapa. Berkat doa saya, keluarga dan rakan-rakan Facebook.

“Usaha-usaha rakan-rakan yang sanggup share dan viralkan post saya. Bantuan kalian dah berjaya sampai ke pemegang dompet saya. Terima kasih banyak-banyak. Bantuan kalian sebenarnya hanya saya dan Tuhan saja tahu betapa besar maknanya.

“Terima kasih tak terhingga. Saya hanya mampu balas jasa kalian dengan doa agar hidup orang-orang yang membantu saya diberkati Allah. Saya mohon maaf atas kekecohan sebelum ini,” tulis Sarah di laman Facebook.

– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=DOlhGxQ8H-I

 

 

Tags: gadisviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Wanita Bertudung Diminta Masak ‘Babi Panggang’

02/11/2021
0

JAKARTA: Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang. Lapor Suara.com, komen itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd