Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

No. Plat AKU 8055...

IPOH - Nombor plat kenderaan AKU 8055 dijangkakan mendapat permintaan tertinggi apabila bidaan...

Jururawat Dakwa Dirogol Dalam...

MERSING - Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam ambulans...

Bekas Editor Berita TV3...

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan bekas ketua editor berita TV3,...

Fizz Fairuz Tidak Ambil...

PETALING JAYA - Pelakon Fizz Fairuz tidak penah menyimpan hasrat untuk mengambil kesempatan...

Kru Kapal Tangki Orkim Harmony Dibebaskan Pagi Tadi

KUALA LUMPUR – Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi berkata pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.

Beliau berkata kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal 6 petang ini.

“Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata perampas bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal berkenaan.


Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori