• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Johor Terima 1,464 Aduan Sehingga 3 Jun

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor menerima 1,464 aduan bagi pelbagai perkara berkaitan pengguna melalui pusat gerakan antipencatutan mulai 1 Jan sehingga 3 Jun lalu.

Pengarah KPDNKK negeri Nor Nekman Jaimon berkata dari jumlah itu, sebanyak 40 aduan telah diselesaikan, 147 masih disiasat, 286 melibatkan agensi lain dan 882 aduan ditutup termasuk tiga aduan tidak berasas.

“Sementara itu 17 aduan belum disiasat, 15 dihantar ke dihantar ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, satu lagi diklasifikasikan sebagai pertanyaan, 36 aduan tidak mempunyai maklumat lengkap dan 40 aduan lain dalam pelbagai kategori,” kata beliau kepada Bernama selepas majlis penerangan GST di Dewan Terbuka Felda Papan Timur, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, pihaknya cuba menyelesaikan aduan yang dilihat berasas dalam tempoh 24 jam dan sekiranya didapati tidak benar, KPDNKK menganggap ia selesai, kata beliau.

Seramai 200 orang melibatkan kakitangan kerajaan dari 42 Felda Wilayah Johor Baharu dalam kawasan Parlimen Pengerang, Mersing, Kota Tinggi, Tebrau, Kulaijaya dan Tenggara hadir pada program itu.

Program anjuran Angkatan Usahawan Anak Felda (Ausaf) itu dirasmikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Pengerang Abdul Wahab Abdul Manan.

Sementara itu, Nor Nekman berkata program kerjasama Felda dan Seranta yang diadakan julung kali itu bertujuan memberi penjelasan yang lebih terperinci berkaitan dengan isu pelaksanaan GST.

Beliau berkata secara umumnya, pelaksanaan GST ada mengakibatkan sesetengah barangan mengalami kenaikan harga dan ada yang tidak berubah harga, manakala ada juga barangan yang turun harganya.

“Jadi kita kena mengakui hakikat sedemikian dan sebagai seorang pengguna, kita kena bijak mengurus selain proaktif terhadap perkara yang berlaku di pasaran terutama jika berlaku kenaikan harga.

“Kenaikan harga (secara berleluasa) merupakan tanda aras kepada salah laku peniaga yang menaikkan untung secara berlebihan,” kata Nor Nekman.

Justeru itu, sekiranya ada aduan dan keluhan berkaitan kenaikan harga, masyarakat perlu membuat aduan rasmi kepada KPDNKK atau Jabatan Kastam DiRaja Malaysia untuk tindakan selanjutnya, tambah beliau. – BERNAMA

 

Tags: JohorKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan  Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

“Saya Berdiri Teguh Bersama ATM, Latihan Operasi Amat Penting Demi Pertahanan Negara”

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Saya berdiri teguh bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd