• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Lawat Sekolah Tanjong Katong Ucap Takziah

oleh
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Gempa bumi di Sabah pada Jumaat lalu ‘merobah segalanya’ dan Malaysia perlu menyemak semula protokol keselamatan bagi mereka yang ingin mendaki puncak tertinggi Asia tenggara di Gunung Kinabalu.

Demikian komen Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika melakukan lawatan ke Sekolah Rendah Tanjong Katong pagi Selasa bagi menyampaikan takziah kepada keluarga murid yang terkorban.

Beliau yang juga mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia disambut Menteri Negara Kanan Pendidikan, Indranee Rajah; Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob serta ahli Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Zainal Sapari.

Turut melakukan lawatan ke sekolah tersebut yang terletak di Seraya Road itu ialah isteri Khairy, Nori Abdullah selain dimeriahkan dengan kehadiran para pemain pasukan bola sepak Singapura untuk Sukan SEA kali ini .

Menurut Khairy lagi, insiden gempa terkuat dalam sejarah Malaysia itu adalah satu kejutan besar kepada negara tersebut sendiri yang merobah segalanya kerana sebelum ini, tidak pernah dilanda gempa bumi seteruk itu.

“Pusat gempa pula terletak begitu dekat dengan sebuah gunung. Saya yakin kita akan dapat menjaga keselamatan para pendaki dengan lebih baik pada masa akan datang apabila protokol baharu itu siap dilakar kelak,” katanya.

Para pakar meteorologi dan geologi perlu menilai dan mengkaji semula kesan pergerakan seismik di Sabah sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyemak kembali pelbagai aspek keselamatan, tegas Khairy.

Apabila ditanya mengenai usul pengehadan usia pendaki Gunung Kinabalu kepada 15 tahun ke atas, beliau berkata, “Kita perlu memahami apa yang sudah berlaku dan juga ancaman seismik yang kita berdepan sekarang.

“Selepas kita menjalankan semakan yang menyeluruh, barulah kita dapat melaksanakan protokol-protokol keselamatan, yang sama ada mungkin ataupun tidak, menetapkan had usia pendaki pada masa akan datang.”

Beliau menambah, pihak berkuasa Malaysia turut berharap untuk memuktamadkan semua operasi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang hari ini selepas dihambat dengan pelbagai cuaca buruk sejak dua hari lalu.

Menyentuh tentang kritikan yang dilemparkan terhadap kelemahan operasi SAR itu, Khairy menegaskan bahawa pihak berkuasa Malaysia sudah “melakukan yang terbaik sejak dari awal lagi iaitu pada pagi hari kejadian”

“Kita sudah pastikan khidmat kecemasan dihulurkan sejak awal-awal lagi. Saya rasa helikopter SAR tidak dapat mendarat di kawasan gunung tersebut kerana faktor cuaca buruk selain ada puluhan lagi siri gempa susulan.”

Baca: Guru Gadai Nyawa Lindungi Murid Dihempap Batu Gunung

Juga: Mangsa Maut Pelatih Terbaik Skuad Muda Fandi Ahmad

Lagi: Singapura Berkabung Peringati Mangsa Gempa Bumi Sabah

“Tentu sekali, ratusan malim gunung tempatan telah memainkan peranan penting di barisan hadapan kerana mereka sudah biasa dengan gunung itu dan wajar diberi pengiktirafan sebagai hero termasuk yang terbunuh.

“Bagi saya, khidmat pasukan SAR Malaysia telah bertindak dengan cukup baik dalam keadaan yang sungguh mencabar dan saya rasa usaha itu membuahkan hasil serta dapat dilihat oleh semua pihak,” jelas beliau.

Khairy dan Nori berada di Singapura sejak minggu lalu bagi meninjau atlit-atlit Malaysia yang beraksi dalam pelbagai acara pada Sukan SEA 2015 yang berlangsung di republik itu. – Agensi/MYNEWSHUB/H.A.AMREE

Tags: gempaGunung KinabaluKhairy JamaluddinSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Gempa Di Sabah Tiada Kaitan Dengan Aksi Bogel”

Next Post

VIDEO: Lelaki Meraung Lepas Letak Kerengga Dalam Seluar!

Related Posts

Aliran Deras Di Puncak Gunung Kinabalu: 155 Pendaki Selamat

Aliran Deras Di Puncak Gunung Kinabalu: 155 Pendaki Selamat

10/07/2025
0

Ranau: Seramai 155 pendaki yang berada di kawasan Check Point Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu, berjaya melepasi kawasan aliran air deras susulan...

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

21/06/2025
0

KOTA KINABALU: Kejayaan menangkis tuntutan asing ke atas Sabah membuktikan kedaulatan negeri ini kekal utuh di bawah Persekutuan Malaysia, sekali...

Next Post

VIDEO: Lelaki Meraung Lepas Letak Kerengga Dalam Seluar!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd