Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bajet 2015: Elaun Sara...

KUALA LUMPUR - Nelayan Zon A, B dan C akan menikmati kenaikan elaun...

Lapor Penjawat Awam Hidup...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa orang ramai yang mempunyai...

Awas! Jangan Buat Panggilan...

PENGGUNA telefon bimbit dinasihati tidak membuat panggilan balas (return call) ke nombor yang...

Kelantan Masih Diancam Penyakit...

PASIR PUTEH - Penduduk Kelantan masih diancam penyakit tibi apabila sejumlah 1,233 kes...

Kim Jong Un Dakwa Ada Ubat AIDS, Ebola, MERS, SARS

PEMIMPIN tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un mendakwa beliau berjaya menemui penawar bagi penyakit pembunuh AIDS, yang sebelum ini gagal ditemui oleh saintis-saintis terkemuka dunia yang lain.

Bukan itu sahaja, dengan terhasilnya satu ubat itu, ia juga dikatakan boleh menyembuh segala wabak penyakit maut lain yang pernah melanda seluruh dunia antaraya Ebola, SARS dan paling baharu iaitu MERS.

Beliau dan para saintis negara komunis itu juga dilaporkan sedang mengembangkan ubat dikenali sebagai ‘Kumdang-2‘ yang dibuat daripada herba serta campuran bahan yang tidak didedahkan kepada umum.

Kim-Jong-Un

Pemerintah rejim Pyonyang itu mendakwa ianya adalah ubat yang sama dikatakan boleh menyembuh penyakit H5N1 atau disebut selesema burung yang pernah menular rantau Asia timur sekitar tahun 2006 dan 2013.

Laporan itu dikeluarkan ketika jirannya, Korea Selatan kini bertarung dengan wabak MERS yang telah meragut 12 nyawa serta penularan di Thailand yang menyebabkan separuh daripada kakitangan hospital terpaksa dikuarantin.


Lucunya, negara komunis itu dilaporkan sedang mengalami musim kemarau teruk dalam abad ini dan berita dikeluarkan itu mungkin hanya untuk mengalih perhatian terhadap masalah yang dihadapi Korea Utara waktu ini.

Pertubuhan Bangsa Bersatu juga telah memberi amaran bahawa bekalan makanan negara diktator itu mungkin akan terjejas dengan teruk selepas didapati 30% daripada sawah padi di Korea Utara musnah. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=dB2JkqwQk40

SUMBER: Mirror

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori