• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Proses Siput Terbakar Di Kuala Kedah

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pemilik kilang memproses siput di Kampung Permatang Pinang, Kuala Kedah dekat sini kerugian lebih RM400,000 apabila premis itu terbakar hari ini.

Kejadian 10 pagi itu turut menyebabkan lebih 20 motosikal pekerja kilang itu rentung, kata Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Raja Mohd Jamalludin Mat Yusop.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan kebakaran itu pada 10.10 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi 16 minit kemudian.

“Kebakaran itu memusnahkan sebahagian struktur bangunan kilang, manakala peralatan lain dan sebahagian bekalan siput dapat diselamatkan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan. Maklumat awal daripada pemilik kilang menyatakan kerugian dianggar melebihi RM400,000,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, penyelia kilang Ahmad Ismail, 70, berkata ketika kejadian beliau sedang mengarahkan pekerja supaya menaikkan siput dari bot ke pelantar sebelum melihat api marak di kilang itu.

“Kejadian berlaku ketika kami menunggu siput dinaikkan. Bila api marak, saya terus mengarah 80 pekerja supaya menyelamatkan diri kerana bimbang struktur bangunan runtuh.

“Ini merupakan sumber pendapatan saya dan pekerja lain…perasaan sedih memang ada tetapi kami bersyukur kerana ada kawan meminjam pelantar supaya kami dapat terus bekerja,” katanya.

Ramlah Ibrahim, 25, yang bekerja di kilang itu bersama-sama ibunya, Kalsom Amim, 50, dan kakaknya Hamidah, 28, terkejut dengan kejadian itu.

Kebakaran itu turut menyebabkan Hamidah yang merupakan Orang Kurang Upaya dihantar ke hospital kerana sesak nafas akibat terkejut. – BERNAMA

Tags: kebakarankilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd