• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua, Timbalan Ketua AMK Berbeza Pendapat Isu Pakatan

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin mengenai kedudukan Pakatan Rakyat semalam bukan pendirian rasmi AMK.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, AMK mendokong kenyataan rasmi Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail iaitu Pakatan Rakyat tidak lagi berfungsi secara formal.

“Dimaklumkan bahawa kenyataan bertajuk “Pendirian AMK Terhadap Pakatan Rakyat” bertarikh 20 Jun 2015 bukan merupakan pendirian rasmi AMK.

“AMK selaku sayap parti mendukung kenyataan rasmi parti menerusi Presiden dan dibincang dalam Biro Politik PKR Pusat yang turut dianggotai Ketua AMK dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Afif semalam berkata, DAP tiada hak mengumumkan Pakatan Rakyat kini tidak wujud dan menganggap sebarang langkah tergesa-gesa yang diambil akhirnya akan membunuh pakatan itu.

Beliau juga Ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) kerajaan Pulau Pinang berkata, gabungan itu masih wujud selagi diterima rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Afif turut menolak cadangan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua supaya ditubuhkan kerajaan gabungan bagi mengelakkan pembubaran DUN Selangor.

Tegasnya, Pakatan Rakyat bukan hak individu dan menggesa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bersikap matang. – mynewshub.cc

 

Tags: AMKPKR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd