• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian, Jabatan Berminat Laksanakan Aturan Kerja Anjal

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Beberapa kementerian dan jabatan berminat mengikut jejak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melaksanakan Aturan Kerja Anjal (FWA), kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata maklum balas daripada pelaksanaan FWA fasa pertama kementeriannya pada 16 Mac hingga 31 Mei adalah positif dan memberi manfaat kepada 95 warga kementerian yang menyertainya.

“Sehubungan itu, pengurusan tertinggi KPWKM bersetuju FWA Fasa II diteruskan,” katanya, sambil menambah program fasa kedua dilaksanakan mulai 1 Jun hingga 31 Ogos.

Rohani pada perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini berkata pihak urus setia FWA sedang dalam proses menambah baik hasil maklum balas peserta fasa pertama.

Terdapat tiga pilihan kepada kaedah pelaksanaan FWA mengikut kesesuaian dan keperluan iaitu Bekerja dari Rumah (BDR), masa kerja anjal (Flexible Working Hours) (FWH) dan waktu bekerja mingguan yang diubah suai (Modified Compressed Work Week) (Mod-Week).

Bagi BDR, pegawai diberi fleksibiliti untuk melaksanakan tugas dalam waktu pejabat di rumah sehari dalam seminggu.

Bagi kaedah FWH, pegawai/kakitangan diberi fleksibiliti untuk hadir lewat dan pulang awal mengikut waktu bekerja masing-masing dan memenuhi jumlah tempoh waktu bekerja 38 jam dan 30 minit dan perlu berada di pejabat pada waktu teras iaitu dari 10 pagi hingga 3.30 petang.

Bagi Mod-Week pula kakitangan diberi fleksibiliti untuk pelepasan awal pada hari Jumaat dan datang lewat pada hari Isnin dengan penggantian masa dibuat pada hari-hari lain.

Sementara itu, Rohani berkata waktu kerja anjal akan dilaksanakan pada bulan Ramadan yang warga kementerian itu boleh pulang lebih awal sepanjang bulan puasa itu.

Beliau berkata warga kementerian dibenarkan bekerja semasa waktu rehat dan pulang sejam lebih awal daripada waktu bekerja anjal pilihan sedia ada masing-masing.

“Saya berharap menerusi kaedah ini, warga kerja yang terlibat akan dapat memanfaatkan sepenuhnya masa rehat masing-masing sepanjang bulan Ramadan di samping mengekalkan produktiviti organisasi,” katanya, sambil menambah bahawa waktu kerja anjal sepanjang Ramadan itu juga terbuka kepada semua warga kementerian termasuk yang bukan Islam.

Pada majlis itu, Rohani turut melancarkan logo baharu kementerian yang bermotifkan bunga cenderawasih dengan slogan ‘Keluarga Bahagia, Negara Sejahtera’.

“Saya berharap kemunculan logo dan tagline baharu ini dapat menyuntik semangat baharu dalam kalangan warga kerja dalam melaksanakan penjenamaan semula kementerian bagi memastikan KPWKM terus relevan dan berkembang,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/1r5yNSqDBUU

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd