• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekerapan Hujan Di Sabah Dijangka Sepanjang Ramadan

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kekerapan hujan yang diramalkan di Sabah sepanjang Ramadan ini menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat, menurut Jabatan Meteorologi.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional jabatan itu, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata perkara itu tidak mustahil berlaku kerana sepanjang Mac hingga Mei lepas, Sabah telah menerima kadar hujan yang sedikit iaitu di bawah paras purata 100 hingga 200mm.

“Ini menyebabkan struktur tanah kering dan kemudian apabila berlaku hujan, ia boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh kerana struktur tanah yang longgar dan risiko ini dihadapi oleh penduduk yang tinggal di kawasan cerun.

“Bagi penduduk yang tinggal di kawasan rendah pula, mereka terdedah kepada banjir kilat,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Rabu.

Mohd Hisham berkata keadaan itu dijangka berlaku sepanjang Ramadan kerana ia terletak dalam tempoh monsun barat daya yang berlaku pada akhir Mei hingga September.

“Apabila berlaku monsun barat daya ini, hujan akan berkurangan di Sarawak dan negeri pantai barat Semenanjung, tetapi bagi utara dan pedalaman pantai timur di Sabah, ia lebih banyak menerima kekerapan hari yang hujan berbanding musim sebelumnya,” katanya.

Menurutnya, suhu di Sabah sepanjang Ramadan diramalkan 31 hingga 33 darjah celsius dengan kadar taburan hujan antara 200 hingga 300mm.

Mohd Hisham turut memberikan contoh beberapa tempat di daerah Sabah yang kurang menerima hujan sepanjang monsun ini berlaku.

“Jumlah hujan di Kota Kinabalu pada bulan ini sepatutnya 300mm, tetapi hanya menerima 100mm sahaja…di Ranau pula, hanya 75mm sahaja kadar hujan diterima dan sepatutnya bulan Jun ini, jumlah hujan lebih tinggi dari sebelumnya,” katanya.

Justeru, beliau meminta penduduk di Sabah terutama di sekitar kawasan cerun dan kawasan rendah untuk sentiasa berwaspada dan Jabatan Meteorologi akan sentiasa memantau sebarang keadaan yang berlaku.

“Kami akan keluarkan amaran dari semasa ke semasa kalau dijangka hujan lebat sepanjang tempoh terdekat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hujan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Berikrar Sebagai Penderma Organ

Next Post

Lelaki Sedang Memikat Burung Maut Ditembak

Related Posts

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

05/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lalu,...

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

04/08/2024
0

Tunggu Allah turunkan hujan bagi menampung kekeringan air takungan empangan di Kedah, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. IKUTI...

Next Post

Lelaki Sedang Memikat Burung Maut Ditembak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd