Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

NASA Dedah Gambar Bongkah...

ANTARTIKA – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan rakaman beberapa keping...

Perhimpunan Khas MIC Setuju...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan khas MIC yang dianjurkan oleh kumpulan yang menentang Presiden...

Solat Hajat Mohon Hujan...

KUALA LUMPUR - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) akan mengadakan Majlis...

RSN Pahang 2050 Ambil...

KUANTAN - Kerajaan negeri akan memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan dalam Rancangan...

Kejayaan Sukan SEA: Letusan Transformasi 1989 Jadi Pemangkin

Malaysia di pentas sukan antarabangsa bukanlah sekadar tempelan mahupun picisan sahaja kerana terbukti atlet negara bukan calang-calang.

Antara figura digeruni lawan seantero dunia adalah Datuk Nicol Ann David yang menjunjung gelaran pemain skuash nombor satu dunia dan Datuk Lee Chong Wei, pemenang rekod pemain lelaki nombor satu sukan badminton untuk 199 minggu berturut-turut, iaitu dari 21 Ogos 2008 sehingga 14 Jun 2012.

Selain itu, nama Pandalela Rinong juga diangkat sebagai wira khususnya dalam sukan terjun apabila beliau berjaya meraih pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter pada Sukan Olimpik London 2012.

Muhyiddin Mahu Malaysia Muncul Juara Keseluruhan Sukan SEA 2017

najib (1)

Namun, tak ramai tahu, kejayaan demi kejayaan dalam arena sukan yang dituai kini merupakan hasil transformasi cetusan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang pernah dipegang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, satu ketika dahulu.

Ketika memegang portfolio berkenaan dari tahun 1986 sehingga 1991, beliau memperkenalkan Polisi Sukan Kebangsaan lantas menjadi pemangkin kepada kejayaan demi kejayaan pada tahun-tahun berikutnya.

Polisi tersebut yang dimulai pada 1988 bertujuan untuk menetapkan hala tuju bidang sukan Malaysia yakni meningkatkan taraf prestasi dan melahirkan bintang terulung yang mampu menyinar di peringkat antarabangsa.

Pencetus transformasi bidang kesukanan Malaysia... Najib Tun Razak menerima cenderamata daripada Pengerusi Konvensyen Kemudahan Sukan Menjelang 2000, Abdul Aziz Abdan
Pencetus transformasi bidang kesukanan Malaysia… Najib Tun Razak menerima cenderamata daripada Pengerusi Konvensyen Kemudahan Sukan Menjelang 2000, Abdul Aziz Abdan

Antara sukan yang diberi prioriti ketika itu termasuklah acara olahraga, tenpin bowling, lumba basikal, terjun, gimnastik, renang dan sepak takraw.

Setahun selepas implementasinya, Malaysia berjaya menunjukkan taring di Sukan SEA Kuala Lumpur dengan memungut 67 pingat emas, hampir sekali ganda dari jumlah yang dipungut pada Sukan SEA Jakarta 1987, dengan 35 pingat emas.

khairy-m-600x360


Selepas 27 tahun perlaksanaannya, Malaysia kini berjaya mengukuhkan tempat dalam banyak acara sukan dan menjadi antara pesaing hebat.

Negara tidak lagi kehausan atlet pelapis yang silih berganti datang untuk mengharumkan nama ke tahap terbaik; terima kasih kepada idea memperkenalkan Polisi Sukan Negara.

Tidak hanya ‘berkokok di kampung’ sendiri, atlet negara mampu memberikan cabaran hebat di halaman negara lain.

Hari ini, ketika tampuk Kementerian Belia dan Sukan dikemudi Khairy Jamaluddin, beliau berjaya meneruskan kelangsungan yang dibawa Najib satu ketika dahulu.

Apa yang mampu diharapkan, sinar kejayaan tidak disirna dan atlet-atlet negara mahupun program-program yang muncul selepas ini mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan Najib.

Ya, yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek. Kejayaan negara merupakan hasil pemimpin terdahulu yang bijak merencanakan masa depan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Sukan SEA: Gimnastik Artistik Negara Cipta Kejutan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori