Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat : Pesawat...

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memulakan proses penggantian pesawat Hawk 108/208 milik Tentera...

“Dok Kata Peti Ais...

AKSI bersahaja mencuit hati dua adik-beradik apabila menyebabkan pintu peti sejuk di rumah...

Pelan Penyelenggaraan KLIA2 Berjalan...

KUALA LUMPUR - Kaedah 'suntikan penurapan' dalam program penyelenggaraan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

PRN Sabah: 3 Calon...

KOTA KINABALU - Tiga calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terpaksa menjalani kuarantin...

KBS, Jakim Perlu Semak Semula Etika Berpakaian Atlet

BARU-baru kecoh seketika dunia sukan apabila pakaian atlet gimrama negara, Farah Ann Abdul Hadi dipertikaikan sesetengah pemerhati temasya sukan dwi tahunan Sukan SEA ke 28 yang berlangsung di Singapura.

Mereka mempertikaikan pemakaian atlet beragama Islam yang dikatakan terlalu mendedahkan sehingga melanggar syarak sebagai seorang wanita Muslim.

Gimnas Malaysia Dikritik Sengaja Pamer Lurah Faraj?

Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menggesa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyemak semula etika berpakaian atlet Muslim selaras dengan tuntutan syarak.

Menurut Ketua Penerangan DMPM, Wan Hasrina Wan Hassan, isu pemakaian ahli gimnastik dan ahli sukan lain bukanlah perkara baharu dan perlu dipandang serius.

“Cara pemakaian ini perlulah dipandang serius kerana ia melibatkan aurat muslim tidak kira kaum perempuan mahupun lelaki.

“Islam tidak menolak aktiviti sukan bahkan Islam menggalakkan aktiviti yang boleh mendatangkan kesihatan yang baik kepada umatnya,” katanya memetik Rakyat Post.

Selain itu Wan Hasrina turut berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga perlu mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu ini.


“Sudah sampai masanya Jakim perlu menyediakan etika pemakaian menurut Islam untuk para atlet lelaki dan wanita.

“DMPM menyeru kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Belia dan Sukan supaya menyemak kembali etika pemakaian ahli sukan muslim supaya ia selaras dengan tuntutan syarak,” katanya lagi.

Sebelum ini, atlet Farah Ann teruk dikritik gara-gara pemakaian sukannya yang dikatakan terlalu seksi sehingga menampakkan lurah faraj.

Namun, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin tampil mempertahankan Farah apabila menulis di laman mikro Twitternya supaya tidak menganggu atlet negara dan biar Tuhan sahaja yang mengadili perkara itu.

Sementara, Farah pula menulis di Twitter, “empty cans make the most noise” merujuk kepada cakap-cakap orang yang mengkritik kostum gimramanya. – MYNEWSHUB.CC

Isu Gimnas Tayang Lurah Faraj: Farah Ann Jawab…

Malaysian gymnast Farah Ann Abdul Hadi’s gold medal performance at the 28th SEA Games

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori