• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Tangki Bawa Ron 95 Hilang Di Perairan Johor

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebuah kapal tangki minyak dengan 6,000 tan metrik minyak petrol RON95 telah hilang.

Carian sejak Khamis telah dilanjutkan ke perairan negara jiran.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini berkata MT Orkim Harmony telah belayar dari Melaka ke Kuantan apabila ia hilang.

Pengarah Operasi APMM Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamed berkata kapal itu membawa 6,000 tan metrik minyak petrol RON95 apabila kejadian itu berlaku.

“Lokasi terakhir kapal tangki itu dikesan adalah kira-kira 30 batu nautika dari Tanjung Sedili timur apabila ia tiba-tiba terputus hubungan kira-kira pukul 8.50 malam,” katanya.

Ibrahim berkata di atas kapal tangki yang didaftarkan di Malaysia itu adalah 22 anak-anak kapal dari tiga negara iaitu 16 rakyat Malaysia, lima dari Indonesia dan Myanmar.

Beliau berkata APMM menerima laporan daripada syarikat perkapalan Orkim Ship Management Sdn Bhd mengenai kehilangan kapal tangki kira-kira pukul 6.30 pagi pada 12 Jun.

“Kami segera mengerahkan aset kami setelah menerima laporan daripada syarikat itu,” kata Ibrahim.

Carian melibatkan dua kapal dan bot dari agensi dengan bantuan daripada kapal Tentera Laut KD Laksamana Tan Pusmah dan KD Ganyang.

Ibrahim berkata kawasan carian kini meliputi 20,000 kilometer persegi dari Tanjung Penawar di Kota Tinggi ke Mersing dan juga kawasan laut Singapura dan Indonesia.

Ibrahim berkata APMM juga telah mengemukakan laporan kapal hilang kepada Pengawal Pantai Singapura dan pihak berkuasa Indonesia Badan SAR Nasional dan Badan Keamanan Laut Republik Indonesia.

“Kami juga telah memberi amaran kepada kapal-kapal lain yang berada di sepanjang laluan melalui Navtext untuk membantu kami dalam operasi mencari,” kata beliau.

– mStar Online

Tags: APMMKapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd