• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Tol: Pemuda PAS Ugut Anjur Perhimpunan Besar-Besaran

oleh Ahmad Albab
13/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberi amaran akan mengadakan perhimpunan besar-besaran jika kerajaan membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenaikan kadar tol perlu ditentang kerana ia akan mengakibatkan kenaikan harga barangan sekali gus membebankan kehidupan rakyat.

“Sekalipun Perdana Menteri menyatakan ia hanya di peringkat perbincangan tetapi dibocorkan pihak tidak beretika, namun ia mengesahkan ada perbincangan serius ke arah menaikan kadar tol di pihak kerajaan.

“Jika benar kenaikan kadar tol ini berlaku seperti yang dihebohkan, DPPM tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan himpunan besar-besaran di beberapa lokasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menjelaskan bahawa kenaikan kadar tol seperti yang disebarkan di media sosial tidak benar.

Jelas beliau, perkara tersebut belum muktamad dan hanya akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet beberapa minggu akan datang.

Justeru, Najib berasa kesal dengan kebocoran maklumat di media sosial berhubung kenaikan kadar tol dipercayai didalangi orang dalam. – mynewshub.cc

 

Tags: PASTol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd