• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Buka Pejabat Cawangan Baharu Di Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
08/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka sebuah pejabat cawangan baharu di Cameron Highlands yang mula beroperasi sepenuhnya pada 20 Jan lepas.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pembukaan pejabat baharu itu menjadikan JPJ kini mempunyai 66 cawangan di seluruh negara.

Beliau berkata cawangan baharu itu merupakan satu daripada inisiatif dan komitmen berterusan kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Cameron Highlands khususnya.

“Lokasinya amat bersesuaian dan strategik, memandangkan Tanah Rata merupakan pusat bandar Cameron Highlands yang menjadi tumpuan penduduk di daerah ini.

“Sebelum pembukaan JPJ cawangan Cameron Highlands, penduduk di sini akan ke JPJ Ipoh, Perak atau JPJ cawangan Gua Musang, Kelantan bagi mendapatkan perkhidmatan dan menjalankan urusniaga yang mana jaraknya lebih 100 kilometer,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian pejabat cawangan itu di sini, hari ini.

Liow berkata antara perkhidmatan yang diberikan ialah urusniaga berkaitan lesen memandu, memperbaharui cukai jalan, tender nombor pendaftaran, tukar hak milik kenderaan dan bayaran saman.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sejak memulakan operasi pada Januari hingga April lepas, pejabat JPJ berkenaan memungut hasil sebanyak RM558,057.50 ke atas transaksi yang dijalankan. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd