• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Lulus Had Usia Muda Pengundi 18 Tahun

oleh
17/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Kerajaan Jepun akhirnya berjaya meluluskan pindaan undang-undang untuk menurunkan had usia pengundi muda daripada 20 tahun kepada 18 tahun, lapor akhbar-akhbar tempatan pada Rabu.

Dengan perubahan tersebut, ia akan membolehkan buat julung kali para remaja lepasan sekolah di negara Matahari Terbit itu untuk turun sama membuang undi mereka pada setiap kali berlaku pilihan raya.

Melalui langkah terbaharu itu, undang-undang pengundian di Jepun kini sejajar dengan negara-negara maju lain, khasnya di Eropah bagi menggalakkan lagi proses demokrasi melibatkan golongan belia usia muda.

Jawatankuasa Pentadbiran Pilihan Raya Pusat yang menyelia urusan pemilihan 480 kerusi dalam Diet atau Parlimen Jepun merekodkan 54 juta pemilih berdaftar untuk pilihan raya umum terakhir pada 2014 lalu.

Media Jepun melaporkan, menerusi undang-undang terkini itu, ia akan meluaskan lagi hak mengundi kepada tambahan 2.4 juta remaja tempatan yang kini berusia 18 dan 19 tahun sebagai kumpulan pengundi baharu.

Warga muda ini dijangka keluar mengundi dalam pilihan raya kebangsaan yang bakal diadakan pada musim panas 2016, kecuali jika dewan perwakilan dibubarkan bagi satu pilihan raya kilat sebelum itu. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: jepunParlimenpengundiPilihan RayaTokyo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd