• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Bencana Negeri Terus Diaktifkan – Musa

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri akan terus diaktifkan sebagai persiapan membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di beberapa kawasan khususnya di daerah Ranau.

Beliau berkata jawatankuasa itu di peringkat daerah dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi negeri dan pusat diketuai oleh Pegawai Daerah Ranau.

“Apa yang lebih utama adalah untuk memindahkan penduduk yang terlibat ke kawasan yang lebih selamat dan membuka pusat-pusat pemindahan bagi memastikan kebajikan dan keperluan mereka dapat disalurkan oleh jabatan dan agensi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri bersama-sama kerajaan pusat akan terus memantau keadaan banjir ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan penduduk dan usaha-usaha untuk memulihkan keadaan keseluruhan kawasan terjejas banjir dapat dilaksanakan.

Di KOTA BELUD, paras air Sungai Kadamaian kembali normal berbanding semalam namun Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam menyatakan kebimbangannya sekiranya berlaku hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan banjir lumpur sekali lagi.

“Tetapi setakat ini, hujan tidak lebat dan pemantauan sentiasa dijalankan bagi memastikan keadaan penduduk dan kawasan sekitar selamat untuk didiami,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Abdul Gari berkata banjir lumpur yang berlaku semalam telah menjejaskan pengeluaran bekalan air bersih untuk penduduk terutamanya di Kampung Kedamaian dan Kiau kerana loji rawatan air Kampung Babayat tidak dapat memproses atau merawat air sungai yang keruh.

“Catuan air akan dilakukan sehingga air sungai dapat dirawat dan perkara ini tidak dapat dipastikan sehingga bila. Saya juga telah mengarahkan pihak Jabatan Air Kota Belud agar memaklumkan kepada penduduk kampung berkenaan jadual catuan,” katanya.

Beliau berkata 60 peratus bekalan air yang digunakan penduduk kampung di Kota Belud adalah menerusi sumber air loji rawatan air Kampung Babayat.

Katanya loji rawatan air Pekan Kota Belud masih beroperasi memproses air Sungai Wario namun tidak dapat menampung pengeluaran air kepada seluruh penduduk Kota Belud ketika ini. – BERNAMA

 

Tags: Musa AmanSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd