• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Sementara Hubung Kampung Mesilou-Kundasang

oleh Ahmad Albab
19/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Jambatan sementara akan dibina bagi menghubungkan Kampung Mesilou dengan Kundasang selepas jambatan sebelum ini dihanyutkan banjir lumpur.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Datuk Bobbey Suan berkata kerja membina jambatan itu yang terletak di Kilometer 3.1 Masilau Golf Course akan mengambil masa tiga bulan untuk siap dengan anggaran kos RM800,000.

Beliau berkata jambatan itu dianggar sepanjang 150 meter hingga 200 meter.

“Keutamaan diberikan untuk membina jambatan di kawasan itu yang menghubungkan Pusat Latihan Islam Kundasang dan ladang sayur milik persendirian, agensi kerajaan dan swasta,” katanya kepada pemberita semasa meninjau Loji Rawatan Air Bambangan di sini hari ini.

Beliau bersama seorang lagi Pembantu Menteri Infrastruktur Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Setiausaha Tetap Kementerian itu Datuk Michael Emban dan Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Willis Ansoi melawat dua kawasan jambatan yang ranap dihanyut di banjir lumpur termasuk sebuah di Kilometer 1.27 Jalan yang menghubungkan Mesilou Nature Centre.

Bobby berkata pihak JKR telah melakukan penilaian kerosakan bagi membolehkan kementeriannya mengenal pasti kos kerugian dan pembinaan jambatan baharu yang tetap.

Menurutnya untuk tindakan jangka pendek, sebuah laluan alternatif dari Jalan Kibbas menuju Kampung Mesilou akan dinaik taraf termasuk membesarkan saiz jalan raya yang mampu dilalui dua buah kereta sekali gus.

Katanya kerja naik taraf jalan raya alternatif tersebut diperlukan disebakan ia adalah jalan berbatu dan hanya memuatkan sebuah kereta.

“Naik taraf jalan raya ini akan kita percepatkan supaya penduduk kampung dan pengusaha ladang sayur-sayuran di kawasan itu dapat membawa keluar hasil tanaman untuk dipasarkan dan mereka tidak hilang pendapatan,” kata Bobby. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd