• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Perkenalkan Sistem Bayaran Kad Kredit, Hapus Transaksi Tunai

oleh Ahmad Albab
30/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen kini memperkenalkan kaedah pembayaran baharu menggunakan kad kredit bagi semua urusan perkhidmatannya sebagai usaha untuk menghapuskan transaksi wang tunai di semua kaunter imigresen.

Sebagai peringkat awal, pada masa ini ia dilaksanakan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya di mana permohonan pasport antarabangsa Malaysia merupakan perkhidmatan imigresen yang pertama memperkenalkan sistem pembayaran menerusi kad kredit bermula Selasa lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pelaksanaan itu merupakan sebahagian daripada program pembayaran elektronik dan merakyatkan perkhidmatan awam yang sebelum ini diperkenalkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Menurut Mustafa, ia juga sebagai usaha memperkasakan integriti Jabatan Imigresen di samping menghapuskan tuduhan amalan rasuah sama ada daripada pihak pegawai mahupun pelanggan.

Tambahnya, sistem pembayaran menggunakan kad kredit adalah mudah dan lebih selamat kerana pelanggan tidak perlu lagi membawa wang yang banyak untuk berurusan di kaunter imigresen.

“Pelaksanaan sistem pembayaran kad kredit di ibu pejabat merupakan projek perintis sebelum ia diperluaskan ke semua pejabat imigresen termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.

“Projek perintis ini bertujuan untuk memastikan kecekapan sistem dari segi verifikasi dengan pihak bank untuk setiap transaksi supaya dapat dilakukan secara teratur dan lancar, selain menilai sambutan dan permintaan pelanggan,” katanya kepada mStar Online.

Akhbar The Star pada 28 Februari lalu melaporkan mengenai hasrat Jabatan Imigresen untuk menghapuskan semua transaksi wang tunai di kaunter sebagai salah satu usaha memperkasakan integriti jabatan itu.

Mustafa berkata, Jabatan Imigresen menjangkakan perkhidmatan dalam talian akan dilaksanakan sepenuhnya di semua pejabat imigresen dan cawangan UTC mulai 2016.

Setakat ini, beliau berkata, selain pasport, permohonan levi dan pas lanjutan kerja sementara (PLKS) untuk pekerja asing di ibu pejabat kini juga boleh dibayar menggunakan kad kredit.

Beliau juga memberitahu, sistem pembayaran elektronik itu akan segera diperluaskan di kaunter ‘1Serve’ (satu kaunter untuk banyak perkhidmatan) di ibu pejabat Imigresen supaya projek perintis itu dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh kaunter ‘1Serve’ ialah permohonan pas penggajian, pas lawatan sosial dan urusan berkaitan dengan pekerja asing.

Difahamkan, penggunaan kad kredit untuk urusan pembayaran kompaun di bahagian penguatkuasaan juga akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Ditanya mengenai cadangan untuk memperkenalkan kaedah pembayaran elektronik lain seperti penggunaan kad debit, beliau berkata, perkara itu sedang dalam peringkat kajian jabatannya.

“Jika mendapat kerjasama daripada pihak bank, saya rasa tiada masalah untuk turut melaksanakan sistem pembayaran menggunakan kad debit bagi urusan imigresen,” kata Mustafa lagi. – mStar Online

 

Tags: Imigresenkad kredit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd