• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kedah Tahan 18 Warga Asing

oleh Ahmad Albab
26/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tiga kanak-kanak antara 18 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Kedah dalam operasi di Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah dan kawasan perusahaan Mergong II di sini, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata operasi kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu dilakukan di tempat memproses siput, limbungan membaiki kapal dan di sebuah kilang.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap 78 warga asing mendapati 18 warga asing berumur lapan bulan hingga 55 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas lawatan.

Katanya mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki, dua wanita serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan warga Thailand; enam lelaki, seorang wanita serta seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar.

Tiga kanak-kanak yang ditahan pula berumur antara lapan bulan hingga dua tahun, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Yusri berkata dua lelaki Nepal masing-masing berumur 31 dan 40 tahun turut ditahan dalam operasi yang disertai oleh 22 anggota Imigresen.

Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang lelaki Thailand, enam lelaki dan seorang wanita warga Myanmar serta dua lelaki Nepal ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Katanya tiga lelaki dan dua wanita warga Thailand ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan.

Beliau berkata tiga lelaki tempatan 36 hingga 59 tahun turut ditahan di tiga lokasi berbeza kerana melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002).

Sementara itu Mohamad Yusri berkata menerusi operasi di Sungai Petani, semalam, seorang wanita warga Kemboja berumur 43 tahun dan anak perempuannya turut ditahan di bazar Ramadan di Taman Delima.

Katanya wanita bersama anaknya itu yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah sedang mengemis di bazar tersebut.

“Wanita dan anaknya yang bukan beragama Islam memakai pakaian muslimah bagi meraih simpati orang ramai untuk mendapatkan wang,” katanya.

Beliau berkata operasi tersebut turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. – BERNAMA

 

Tags: ImigresenPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd